Thursday, July 25, 2019

'Zikir Berdiri' Bukan Ajaran Sesat -JAIP/JHEAT





AMALAN zikir sambil berdiri seperti dalam video klip ditular dalam laman sosial surau di Kampung Bantal Sebarang, Ulu Tembeling, baru-baru ini, tidak berkaitan dengan ajaran sesat.
Perkara itu diputuskan hasil siasatan dijalankan bahagian akidah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
Kadi Daerah, Syarifuddin Mohamad Sa’ad berkata, siasatan dilakukan JAIP mendapati ritual itu bukanlah ajaran sesat ataupun amalan terpesong daripada syariat Islam sebagaimana didakwa orang ramai.

“Sebenarnya ia adalah kaedah zikir yang menjadi amalan dalam tarekat Ahmadiyaah Idrissiyyah dan tarekat ini adalah aliran diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai tidak bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.
“Saya harap orang ramai tidak cepat menghukum sesuatu sebagai sesat sehinggalah ia benar-benar melanggar batas akidah dan hukum syarak,” katanya.
Klip video berdurasi satu minit 12 saat dan 22 saat didakwa berlaku di surau di kampung berkenaan selepas dirakam penduduk yang mengikuti aktiviti dilakukan pada 11 Julai lalu.
Rakaman itu memaparkan beberapa jemaah lelaki dan wanita seakan-akan sedang berzikir sambil berdiri dan menggoyangkan badan dalam sebuah surau di kampung itu diketuai seorang lelaki dikenali sebagai Tok Ki atau Tok Ayah.
Katanya, pihak berwajib di peringkat daerah dan negeri akan segera bertindak jika mendapati ada unsur penyelewengan akidah dilakukan berlandaskan undang-undang.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, berdasarkan siasatan di lokasi kejadian mendapati tujuan utama individu itu berada di situ adalah atas dasar silaturahim dan melakukan perubatan.
“Maklumat diterima daripada JHEAT mendapati mereka pernah menyiasat individu itu sebelum ini dan tidak mensabitkan dengan tuduhan terpesong daripada ajaran Islam,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan mendapati individu berkenaan adalah pengamal tarekat yang diamalkan di Mesir.(MyMetro)
Video:
  1. (Senyum POWER) Zikir Berdiri - Ustaz Azhar Idrus

    • 7 years ago
    •  
    • 21,133 views
    30 / 10 / 2011 Madrasah Ittihadiah Taman Desa Duyong Melaka.


  2. Zikir Berdiri di Jerantut

    • 1 week ago
    •  
    • 1,855 views
    MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit ww
    w.malaysiagazette.com for the latest news on politics, ...



Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

    No comments:

    Post a Comment