Timbalan Pengerusi Homestay Tanjung Piai, Petah Taha berkata, mereka menjadi anak angkat kepada lapan pemilik Homestay di kawasan tersebut bermula pada 17 Ogos dan berakhir 19 Ogos lalu.
Katanya, mereka didedahkan dengan aktiviti penduduk setempat seperti permainan gasing tradisional, menyaksikan ternakan madu kelulut di Kampung Sungai Durian selain berkunjung ke Taman Negara Tanjung Piai.
"Memandangkan ketika ini musim buah-buahan seperti rambutan dan pulasan, mereka berpeluang untuk memetik sendiri dan menikmati secara segar dari kebun.
“Pada sebelah malam pula diadakan malam kebudayaan yang menampilkan tarian zapin sebagaimana diminta pihak penganjur selain menikmati makanan tradisional melayu dan bugis," katanya ketika ditemui di homestay tersebut malam tadi.
Katanya,Homestay Tanjung Piai yang ditubuhkan sejak 20 tahun lalu masih lagi aktif menerima pengunjung samada melalui pakej melibatkan penginapan mahupun secara lawatan sehari.
Petah berkata, mereka juga berpeluang menikmati makanan menggunakan tangan, memakai baju melayu dan baju kurung serta melakukan aktiviti kebudayaan bersama-sama penduduk.
Jelas beliau, kini terdapat 22 buah Homestay di Tanjung Piai selain lapan hingga 10 buah Desa Stay yang menyediakan suasana percutian ala kampung selain berkunjung ke Penghujung Benua Asia.
“Kami masih lagi aktif menerima tetamu samada secara berkeluarga mahupun pun berkumpulan termasuk pelajar-pelajar luar negara seperti dari Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah bagi mengenai lebih dekat Tanjung Piai,” jelasnya.
Pihaknya juga akan berkerjasama dengan agensi pelancongan tempatan untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Tanjung Piai yang merupakan ikon utama pelancongan di daerah ini dan Johor. -UTUSAN ONLINE


Lihat ini..
Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.

Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim


Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..
Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..