JAKARTA 16 Ogos - Tiga anggota polis dibakar penunjuk perasaan di Cianjur dekat sini semalam.
Dalam kejadian itu sekumpulan anggota pertubuhan sedang mengadakan tunjuk perasaan dengan membakar tayar.
Anggota polis yang melihat api sedang marak bertindak memadamkan kebakaran.
Bagaimanapun tiba-tiba penunjuk perasaan telah menyimbah petrol kepada anggota polis terbabit menyebabkan dia disambar api.
Melihat situasi itu dua lagi anggota polis cuba membantu rakannya dan mereka turut cedera dalam kejadian itu.
Polis Jawa Barat mengesahkan setakat ini 15 orang telah ditangkap terbabit insiden tersebut.
Merdeka.com melaporkan salah seorang anggota polis terbabit terbakar 80 peratus badannya. (Merdeka.Com)
Lihat lagi..
- Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)
- Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)
- Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)
- Dari Ambil Alih Kedai Gunting Bapa, Kini Jadi Juta...(4)
No comments:
Post a Comment