Kata pemimpin DAP itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sering membuat keputusan secara berseorangan dan seolah-olah mahu menunjukkan beliau berkuasa walaupun datang dari parti yang kecil.
Beliau memberi contoh isu pengajaran seni khat Jawi di sekolah yang timbul baru-baru ini, yang mana beliau mendakwa Dr. Mahathir melakukan keputusan dengan sewenang-wenangnya.
“Saya pasti (Dr.) Mahathir dan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik tahu isu ini sensitif sebelum ia timbul lagi.
“Mengapa rakyat was-was dengan kerajaan (tentang isu Jawi)? Kerana PH melindungi pendakwah kontroversi, (Dr.) Zakir Naik,” katanya dalam kenyataan dalam laman Facebook miliknya hari ini.
Selain isu Zakir Naik, Charles turut mengaitkan situasi tersebut dengan beberapa isu lain seperti penolakan terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Statut Rom dan kilang Lynas.
“Kerajaan ini tiada rekod yang baik untuk mendapat keyakinan rakyat. Sebaliknya, rakyat berang, marah dan mengugut untuk tidak mengundi kita pada pilihan raya akan datang. Saya faham kemarahan mereka.
“(Dr.) Mahathir sepatutnya sudah boleh membaca perasaan rakyat ketika ini. Dan dia mesti faham bahawa keputusan secara sewenang-wenangnya tanpa perbincangan tidak akan membawa dia jauh,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Peluang Kerja Di Australia, Dibuka..
rakyat berang dan marah tu rakyat india dan cina cauvanis dap dan hindraf sympatism ..serta melayu pngkhianat pan pbbm kan..bagus dan syabas kpd madey dan krjaan tolol pengampu dap..
ReplyDeleteDah tahu cina dap jahat, berkawan buat apa.
ReplyDelete