Sunday, August 11, 2019

Berkorban Melalui Bakar 1,000 Lemang. Jazakallahu Khairan..


Bakar 1,000 lemang untuk dana surau


TELUK INTAN 11 Ogos - Ahli jawatankuasa Surau Al-Afiah, Kampung Selabak di sini mengambil inisiatif mencari dana surau dengan menjual lemang sempena Hari Raya Aidiladha.
Seorang ahli jawatankuasa surau tersebut, Zakarian Abdul Safie berkata, sebanyak 1,000 batang lemang dimasak secara gotong royong sejak semalam.
Menurutnya, lemang dijual kepada penduduk kampung dan mereka yang pulang berhari raya di kampung.
Katanya, kerja memasak lemang mulai daripada memproses santan, menyediakan beras pulut serta menyediakan buluh lemang sehingga lemang dibakar dilakukan secara gotong royong oleh kariah surau.
"Bermula awal pagi, lemang  dibakar secara  sedikit-sedikit dan bergilir-gilir serta menjaga api supaya lemang nampak cantik, lemak dan sedap.
"Tujuan kami membakar lemang ini untuk mencari dana bagi membaik pulih surau yang dibina pada tahun 1973 ini sudah uzur," katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya, sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila ramai yang datang membeli dan memberi sumbangan bagi tujuan membaiki surau.
"Harga lemang yang dijual untuk orang berniaga yang membeli lebih daripada 50 batang ialah RM10 sebatang manakala untuk persendirian hanya RM12 sebatang," katanya. - UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu HasyimBegitu salah satu cara berkorban. Berkorban untuk Agama melalui 1,000 lemang bakar. Jihad lemang.. Al-hamdulillah. Jazakallahu khairan kathira! 

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails