Friday, August 16, 2019

Cadangan Himpunan 3 Ulamak Ekoran Himpunan 3 Umarak.




WALIYULAmr selepas Allah dan Rasul
Terengganu akan menjadi hos bagi himpunan 3 Menteri Besar Pantai Timur 22 Ogos ini. Satu himpunan yang baik ke arah kesatuan ummah khususnya umat Islam di Malaysia. 
Jadikan himpunan ini sebagai solidariti kepada agama, sebagai respon pencabulan institusi kedaulatan, keagamaan dan ketuanan negara yang kian parah.
Selain himpunan 3 Umarak ini, suka juga untuk saya mencadangkan agar turut dibuat himpunan 3 Ulamak. Kerana selain umarak, ulamak juga adalah waliyul amr yang bertanggungjawab menjagamaslahat umat. Tuhan wajibkan mereka ditaati selain Allah dan Rasul.
3 Ulamak yang saya maksudkan adalah Syeikh Imran Hosein (SIH), Dr Zakir Naik (DZN) dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH). Mereka ulamak kontemporari yang berperanan besar membela agama dan umat ini dari kecelaruan akhir zaman yang sangat mencabar.
Latar belakang mereka yang berbeza boleh menyatukan aliran-aliran Islam yang pelbagai. SIH beraliran sufi. DZN terkenal dengan salafi. Sementara TGHH berlatar haraki.
Kepakaran mereka yang berbeza juga diperlukan umat bagi menyuluh pancaroba zaman kegelapan ini. SIH dengan ilmu eskatologinya, DZN dengan perbandingan agama, dan TGHH melalui politik nasional dan antarabangsa.
Mereka dari rantau berbeza. SIH jauh dari Kepulauan Carribean, Trinidad and Tobago. DZN dari rantau Sub-Continent, India. Sementara TGHH dari Alam Melayu, Malaysia.
Namun sempadan negara bukan penghalang mereka berperanan sebagai Sang Pencerah Alam. Ketiga mereka aktif di pentas antarabangsa, terkenal Timur dan Barat, mengelilingi dunia dengan ilmu dan penerangan, menyelamat umat dari kedajalan musuh Islam.
Peranan yang dimainkan ketiga mereka mengundang kecemburuan penghasad, kecaman pembenci dan ancaman musuh. Mereka kini dalam radar awasan CIA, Mossad dan bermacam agensi. Dicop sebagai ekstremis, penghasut, Khawarij dan berbagai gelaran.
Kini, kesemua mereka berada di Malaysia. Umat ini amat beruntung ketiga mereka bersama kita dalam keadaan sangat getir. Himpunan ketiga mereka perlu dijayakan, agar kita sedar bahawa Waliyul Amr bukan sekadar Umarak, tetapi yang lebih utama adalah Ulamak.
Sekian, mohon mencadang.
(ALANG IBN SHUKRIMUN)
14 Zulhijjah 1440
15 Ogos 2019 - HARAKAHDAILY 15/8/2019

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails