Friday, August 09, 2019

DAP Bertaring Bantah RUU Islam S'ngor. Mana Suara ADUN Islam PH?


DAP kian bertaring .. 
BELUM pun reda kemelut isu tulisan Jawi dan Khat yang dibantah keras oleh sebahagian pemimpin DAP, kita dikejutkan pula dengan gelagat DAP di Selangor yang membantah RUU Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang berkaitan dengan pendaftaran pemelukan agama Islam oleh muallaf.
Sungguh hebat kuasa Speaker Dun Selangor, YB Ng Suee Lim daripada DAP. Dia bertindak memendekkan sidang Dun hanya kepada dua hari, pada 31 Julai lalu sedangkan pada asalnya dijadual berlangsung daripada 29 Julai hingga 9 Ogos.
Sungguh berani Speaker DAP ini bertindak sedemikian rupa sedangkan RUU tersebut sepatutnya dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor, YB Amirudin Shari yang memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam Selangor.
Dun Selangor mempunyai 56 Ahli Dewan Negeri. 

Kerajaan PH menguasai 50 kerusi manakala Umno mempunyai 5 kerusi dan PAS ada 1 kerusi.

Komposisi dalam Kerajaan PH Selangor mengikut parti adalah seperti berikut;
PKR: 21 kerusi
DAP: 16 kerusi 
PAN: 8 kerusi 
PPBM: 5 kerusi

Persoalan yang wajar kita tanyakan ialah ke mana hilangnya suara sekalian Adun yang beragama Islam dalam PKR, PAN dan PPBM?
Mereka sendiri tidak berani menyatakan pendirian sedangkan RUU Kerajaan telah ditentang oleh DAP yang merupakan parti komponen Kerajaan PH Negeri Selangor.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada hari ini tampil membela Speaker Dun Selangor yang menyekat RUU dibentangkan di Sidang Dun.
Apakah isi kandungan RUU Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dibantah keras oleh DAP ini?

RUU tersebut bertujuan untuk meminda peruntukan berkaitan dengan pemelukan agama Islam oleh orang yang belum mencapai umur 18 tahun. 

Antara yang akan dipinda ialah perkataan “ibu dan bapa” kepada “ibu atau bapa” agar selaras dengan perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Ianya memberi makna RUU ini akan membolehkan orang yang di bawah 18 tahun memeluk Islam hanya memerlukan keizinan salah seorang daripada ibu atau bapa atau penjaga.

DAP membantah kerana mereka berpendirian bahawa penukaran agama individu bawah umur kepada Islam hanya boleh dilakukan dengan kebenaran kedua-dua ibu bapa sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Ghandi pada tahun 2018.
Sungguhpun demikian, perlu juga diingat Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007 dalam kes Subashini menafsirkan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan sebagai keizinan “ibu atau bapa” sudah cukup dalam hal pemelukan Islam kanak-kanak.
Hari demi hari kita dapat melihat bagaimana berkuasanya DAP menggunakan taringnya dalam hal yang menyentuh kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu. 

Mereka bebas bertindak sesuka hati tetapi apabila kita bersuara menegur dan mempertahankan hak, kita pula yang dituduh sebagai kelompok rasis dan ekstrem.

Seandainya ummat Islam hari ini masih terus berpeluk tubuh, berdiam diri dan bercakaran semasa sendiri tatkala kedudukan Islam diperkotak-katikkan, entah apalah nasib yang akan melanda kita pada masa hadapan. 

Hilang jati diri, merempat di bumi sendiri.

SYED AHMAD FADHLI 
Pegawai Institut Penyelidikan dan Strategi PAS 
8 Ogos 2019 – HARAKAHDAILY 8/8/2019

4 comments:

Anonymous said...

Rakyat zalim mengundi puak munafik Melayu liberal dan pemimpin parti rasis kafir harbi DAPig untuk memerintah negera dan negeri.

Maka kita tidak merasa terkejut melihat pemimpin-pemimpin kafir harbi DAPig berani menghina agama Islam dan umat Islam secara terang-terangan dan pemimpin munafik Melayu diam membisu seperti syaitan bisu kerana mereka tergila-gilakan dunia dan takut mati.

Maka mereka sanggup menjual agama dan ibubapa mereka sendiri untuk mendapatkan dedak cap roket yang menjadi kegemaran babi. Mereka takut pada l im to kong dan puak kafir tetapi mereka tidak takut pada Allah.

Pakatan Hancing pimpinan kepala bapak kafir harbi DAPig terdiri dari puak semburit, perogol pembantu rumah, puak kunyit @ sotong, puak rasuah banglo & terowong, puak kaki kencing janji palsu, puak gila jawatan pm, penjual agama, puak kaki fitnah, kaki putar belit & u-turn, lembu dicucuk hidung, puak pasu bunga, ularma su' dan puak hilang telur dll.

Anonymous said...

Dalam pkr dan pan, ramai yang sasa. Tak betul kalau hina mereka sebagai lembut atau sotong. Mereka semua pendekar yang sangat bernas bawa prinsip malaysia baru. Idea mereka bernas dan sangat praktikal. Mereka bawa idea baru serta inovasi. Cuma masalahnya telor mereka dalam genggaman dap. Dap picit mereka senak, lantas akur dengan kit siang dan anakandanya.

Anonymous said...

Anon August 9, 2019 at 9:33 AM

"Cuma masalahnya telor mereka dalam genggaman dap."
Kalau yang leper bagaimana?

Anonymous said...

Definisi Msia baru:

Hak Islam dan hak umat Islam dinafikan dan hak pertuanan pendatang asing ditegakkan oleh pendatang asing dan khadam Melayu liberal mereka @ pengkhianat agama dan bangsa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails