Monday, August 12, 2019

DAP PP: Apa Punya Lanun Raa

Hasil carian imej untuk bendera lanun

Sampaikan Duit Tabung Derma Masjid Pun Kerajaan DAP Pulau Pinang Nak Sakau Ker?

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ir Dr. Shaik Hussein Mydin membidas tindakan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang memerah duit sumbangan masjid bagi memenuhi kantung tabung wakaf institusi tersebut...

"10% duit sumbangan tabung masjid hak anak kariah pun MAIPP nak?"...

"Carilah jalan lain untuk menambahkan tabung wakaf bukan dengan memerah duit sumbangan masjid yang perlu digunakan bagi tujuan mengimarahkan masjid dan kebajikan anak-anak kariah," tegasnya dalam satu hantaran di Facebook (BACA DI SINI)...

Majlis Agama Pulau Pinang menyerahkan 10% dari hasil sumbangan jemaah setiap Jumaat berkuatkuasa Julai lalu, atas tujuan sebagai dana membiayai pembelian projek-projek tanah dan hartanah...

Kata Ketua UMNO Bahagian Bagan itu lagi, sepatutnya MAIPP mendesak kerajaan negeri DAP kembalikan peruntukan wajib dan bukan menikus menuruti kemahuan kerajaan...

"MAIPP tidak sepatutnya menikus depan tuannya dan terus merampas hak anak-anak kariah," tegasnya lagi...

Alasan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang

Alasan yang diberikan ialah MAINPP setiap kutipan masjid disalurkan sebanyak 10% kepada tabung 'dana waqaf' bertujuan membeli aset seperti tanah atau bangunan untuk diwaqafkan bagi kepentingan umat Islam...

Fokus utamanya adalah untuk beli tanah orang Islam yang nak dijual kepada bukan Islam terutama di dalam Pulau Pinang... Kononnya bertujuan nak selamatkan tanah orang Islam dan mengembangkan ekonomi umat Islam...

Kalau sememang itu tujuannya, memang baik... Tapi persoalannya, apakah betul seperti apa yang dikatakan... Setakat yang kita tahu, perangai DAP nie lebih teruk dari telunjuk lurus kelingking berkait...

Dalam isu tanah Masjid Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang, tanah yang sekangkang kera tu pun, DAP nak sakau (BACA DI SINI)...

Inikan pula kononnya nak tebus tanah orang Melayu yang dah tergadai...

Tentu ramai yang masih ingat macam mana kerajaan DAP Pulau Pinang halau dan roboh rumah penduduk di tanah wakaf Lampung Caider (BACA DI SINI)...
Dan kerajaan Pakatan terutamanya DAP memang terkenal dengan sikap penipu dan merampas harta rakyat terutamanya yang menjadi milik masyarakat Melayu Islam...

Jadi celah mana yang boleh diletakkan hujah, dengsn cara sakau duit tabung derma masjid bertujuan membantu masyarakat Melayu Islam!!!

Sumber :
MYKMU


Hibur Hibur Sikit..

No comments:

Post a Comment