Tuesday, August 27, 2019

Dirogol Kenalan Sekampung, Lagi Akibat Pergaulan Bebas.

Hasil carian imej untuk Remaja 14 tahun dinodai kenalan
Gmbar hiasan


TINDAKAN seorang remaja perempuan berusia 14 tahun meminta bantuan rakan pulang ke kampung bertukar tragedi apabila dirogol lelaki terbabit dalam semak di tepi Jalan Tenom-Sipitang, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, pelajar tingkatan dua itu difahamkan menghubungi lelaki sekampungnya berusia 39 tahun untuk mengambilnya di salah sebuah sekolah di Tenom, sebelum pulang ke kampung.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan dikatakan tidak berhenti di kampung sebaliknya meneruskan perjalanan membawa remaja terbabit sehingga ke lokasi kejadian.

Suspek kemudian membawanya ke semak di tepi jalan sebelum merogol dan turut merakam foto pelajar terbabit.
Selepas kejadian, suspek mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa sebelum menghantarnya pulang ke rumah.
Bagaimanapun, mangsa terus menceritakan kejadian itu kepada keluarganya sebelum membuat laporan di Balai Polis Tenom.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan suspek berjaya ditahan kira-kira jam 8 malam, hari sama.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah buruknya akibat sistem pergaulan bebas yang dikembangkan di Malaysia.. Sudah masuk ke kampung-kampong. Maju ikut barat, konon... Sedih kerana pemimpin negara yang otaknya dijajah. 

Sepatutnya  maju bersama syariat Islam. Baru selamat, dunia akhirat. PRU 15 akan datang, pilihlah parti yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat.
Hasil carian imej untuk helikopter PAS


Lihat..

Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.

Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim


Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..
Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..

No comments:

Post a Comment