KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek disifatkan sebagai tidak Islamik dan tidak sopan.
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, secara terus terang apabila lelaki dan perempuan yang bukan muhrim membonceng motosikal boleh mengundang kepada fitnah.
Menurutnya, bagi mengelakkan tuduhan fitnah berkenaan, adalah lebih elok ditiadakan perkhidmatan Gojek itu.
“Tak sesuai, lelaki dan perempuan bukan muhrim membonceng motosikal yang sama. Mungkin penunggangnya lelaki dan pemboncengnya perempuan atau sebaliknya. Apa ke halnya kena ada situasi begitu?
“Keadaan itu jelas tidak Islamik dan tak sopan. Naik motosikal berdua bukan muhrim, tak diharuskan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian hari ini.
Media melaporkan semalam, Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinetnya memberi ‘lampu hijau’ berhubung cadangan pelaksanaan perkhidmatan gojek di negara ini.
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof dipetik berkata, untuk pelaksanaan perkhidmatan itu, jemaah menteri memutuskan agar kajian undang-undang perlu dibuat terlebih dahulu.
Beliau berkata, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Belia dan Sukan telah diberikan tangungjawab untuk mewujudkan ruang dan undang-undang bagi membenarkan perkhidmatan itu dilaksanakan. (AA)
Gojek; kaji aspek keselamatan, sosial - Mufti P. Pinang
PULAU PINANG 23 Ogos - Kerajaan perlu mengkaji terlebih dahulu dari pelbagai sudut supaya perkhidmatan teksi motosikal atau gojek yang dirancang dilaksanakan di negara ini tidak menimbulkan masalah dari aspek keselamatan dan sosial kepada pengguna.
PULAU PINANG 23 Ogos - Kerajaan perlu mengkaji terlebih dahulu dari pelbagai sudut supaya perkhidmatan teksi motosikal atau gojek yang dirancang dilaksanakan di negara ini tidak menimbulkan masalah dari aspek keselamatan dan sosial kepada pengguna.
Mufti negeri, Datuk Seri Dr. Wan Salim Mohd. Noor berkata, sebarang pelaksanaan yang dirancang kerajaan mesti bertujuan untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada orang awam dalam urusan pengangkutan.
Di samping itu, katanya, rancangan itu juga membuka peluang pekerjaan untuk anak-anak muda yang memerlukan pendapatan untuk menyara diri dan keluarga.
"Islam menggalakkan apa juga pekerjaan yang halal dan menganggapnya sebagai amalan yang mulia, asalkan tidak disalahgunakan untuk matlamat yang menyeleweng.
"Ini lebih baik daripada menganggur apatah lagi mengemis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid berkata, langkah kerajaan untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek disifatkan sebagai tidak Islamik dan tidak sopan.
Menurut beliau, secara terus terang apabila lelaki dan perempuan yang bukan muhrim membonceng motosikal boleh mengundang kepada fitnah. - UTUSAN ONLINE
Lihat gambar ini..
No comments:
Post a Comment