Guru disiplin di Beluran dipenjara 80 tahun kerana rogol, cabul dan liwat
SANDAKAN 26 Ogos - Seorang guru disiplin sekolah rendah di Beluran dijatuhi hukuman penjara berjumlah 80 tahun dan 20 sebatan atas 14 pertuduhan rogol, cabul serta liwat terhadap lapan murid perempuan.
Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Kalthom Abd Samad menjatuhi hukuman itu terhadap Freddie @ Ampat Unsin, 56, di sini hari ini.
Bagi dua pertuduhan merogol muridnya berumur sembilan tahun pada November 2015 dan 10 tahun pada Mac-Julai 2016 di sekolah tempat dia bekerja di Beluran, Freddie dijatuhi hukuman penjara masing-masing 15 dan 18 tahun serta diperintahkan supaya dikenakan masing-masing tiga serta empat sebatan.
Ummu Kalthom memerintahkan hukuman itu berjalan serentak mulai tarikh dia didakwa pada 27 Dis 2017.
Beliau turut memerintahkan supaya penjara berjumlah 43 tahun dan 12 sebatan atas 11 pertuduhan cabul supaya berjalan berturutan selepas Freddie menjalani hukuman bagi dua pertuduhan rogol itu.
Tiga daripada 11 pertuduhan cabul membabitkan hukuman penjara berjumlah 10 tahun dan tiga sebatan yang diperintahkan supaya berjalan serentak.
Tiga lagi pertuduhan cabul membabitkan jumlah hukuman penjara yang sama dan sebatan yang juga diperintahkan supaya berjalan serentak.
Freddie juga didapati bersalah atas 11 pertuduhan mencabul muridnya berumur enam hingga 10 tahun di sekolah sama antara Januari dan Julai 2016.
Dia juga didapati bersalah meliwat seorang pelajar 10 tahun di sekolah sama antara Jun dan Julai 2016 dan dijatuhi hukuman penjara empat tahun serta satu sebatan yang akan dijalankan berturutan daripada kesalahan lain.
Ketika menyampaikan keputusannya, Ummu Kalthom berkata kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius kerana dia berkhidmat sebagai guru disiplin, bagaimanapun mengambil kesempatan dengan menjadikan kanak-kanak sebagainya mangsa dan mereka sepatutnya berasa selamat di bawah penyeliaannya di sekolah itu.
"Keadaan kesalahan dalam kes ini menunjukkan terdapat tentangan daripada mangsa, tetapi disebabkan kedudukan tertuduh sebagai guru meletakkan mangsa dalam keadaan tidak berdaya,” katanya.
Ketika mengemukakan rayuan, peguam Hamida Ambo memohon hukuman ringan memandangkan ini kesalahan pertama anak guamnya dan dia juga telah berkahwin serta mempunyai empat anak.
Perbicaraan bermula pada 19 Mac tahun lepas dan Freddie diperintahkan supaya membela diri pada 9 Mei tahun ini, dengan lebih 40 saksi memberi keterangan.
Timbalan Pendakwa Raya Mark Etto mengendalikan pendakwaan kes. - BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sila kaji balik dasar pendidikan negara, perlu bertunjangkan kepada Agama dan Hari Akhirat. Lihat sejarah pendidikan Islam, dulu kini dan selamanya..
Hanya PAS (Parti Islam Malaysia) dan bukan parti sekular saja, yang sanggup menerima kenyataan kegagalan ini.
Bab I: Sebelum pergi..
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sila kaji balik dasar pendidikan negara, perlu bertunjangkan kepada Agama dan Hari Akhirat. Lihat sejarah pendidikan Islam, dulu kini dan selamanya..
Hanya PAS (Parti Islam Malaysia) dan bukan parti sekular saja, yang sanggup menerima kenyataan kegagalan ini.
Lihat ini..
Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.
Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim
Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..
- Jelajah Colombo, Inilah Yang Saya Cari..
- Bandar Islam Di Colombo..
- Malaysia Termasuk Dalam Tamil Empire?
- Sri Lanka: Orang Melayu Hijrah Keluar Dari Kelompo...
- Gadis Itu Merangkul Lenganku, Mengapa?
- Adam's Peak Sri Lanka, Lambang Kesatuan Manusia
- Khalifah: Anggapan Bahaya Tentang Turunnya Adam..
- Aksi Lacur: Bawah Jejambat Pun Jadi..
- Orang Melayu Membuka Sekolah Islam Di Colombo.
- Sri Lanka: Jumpa Kawan Lama, 22 Tahun Lalu.
Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..
1 comment:
Tentera kacang merah 2:32pm ternakan parti rasis kafir harbi DAPig nak tipu orang ramai pun agak-agaklah. Siang dan malam sibuk mencipta fitnah dan menipu rakyat. Sembang lebat babi pun boleh terbang.
Ya benar. Sistem pendidikan sekular kita tidak menekankan akhlak. Akibatnya ia menghasilkan ramai pemimpin kafir harbi rasis dan pemimpin munafik liberal.
Mereka menjadi kaki temberang, kaki kencing dan penjaja fitnah untuk menipu rakyat.
Mereka menipu rakyat dengan pelbagai janji palsu seperti belajar oercuma diuniversiti, hapus tol, 1 juta kerja kosong dengan gaji lumayan, hapus atau tangguh bayaran balik PTPTN dll.
Akibatnya seluruh negara menjadi sangat hancing kerana kencing puak rasis pimpinsn l im to kong ini lebih busuk dan hancing dari kencing petai.
Post a Comment