Wednesday, August 14, 2019

Hina Tentera, Kurang Ajar. Lucut Kerakyatan! -AP Pasir Mas

Hasil carian imej untuk AHMAD FADHLI SHAARI
Askar hanya tidur makan: Koon Yew Yin kurang ajar

SAYA membaca tulisan seorang taikun besar yang pernah mengaku menderma kepada PH, Koon Yew Yin berhubung cadangannya agar perkhidmatan awam dikecilkan dan tentera dikerah untuk bekerja di FELDA bagi menggantikan pekerja asing.
Bagi berlaku adil, pembaca boleh meneliti sendiri tulisannya di alamat: 
Koon Yew Yin
koonyewyin
https://klse.i3investor.com/blogs/koonyewyinblog/219043.jsp di mana orang ini menulis antara lain, "As you know, the arm forces personals are doing nothing except eating and sleeping. In fact, almost all of them have never fired a shot except at target practice. Some of them should replace the foreign workers in the FELDA plantations..."
Askar kita hanya tidur dan makan? Menembak pula tidak melainkan di papan sasaran? Alangkah hinanya kerjaya seorang tentera di mata seorang taikun besar ini. Sedarkah kamu bahawa perkhidmatan tentera di Malaysia adalah antara yang terkecil di rantau ini? Malaysia hanya mempunyai bilangan tentera aktif 4.2 orang berbanding 1,000 penduduk. Berbanding Singapura yang mempunyai tentera aktif 15.6 orang berbanding 1,000 orang penduduk. Usah bandingkan dengan Israel yang nisbah tenteranya ialah 24.4 orang berbanding 1,000 orang penduduk. Thailand pula sedikit ramai berbanding Malaysia dengan bilangan 4.6 orang berbanding 1,000 penduduk.
Orang seperti Koon Yew Yin ini sebenarnya semakin berani pada era ini kerana menyedari ada payung besar sedang melindungi. Jangan dilupa pengakuan dia sendiri dalam tulisannya, 
"I also have been physically and financially supporting DAP and PAN for many years. I also have been campaigning for the opposition in the last 2 general elections. As a result of these publicities, the previous Attorney General had branded me as a persona non grata. Three Income Tax officers from Kuala Lumpur raided my house and took away some files. The AG also instructed the Maybank Investment Senior Manager to withdraw the Rm 40 million margin facilities each for my wife and myself...". 
Andaikata tulisan ini satu fitnah, Peguam Negara sedang semudahnya boleh mengenakan tindakan kepada orang ini. Namun, begitulah era Malaysia pada hari ini. Kebiadaban dan kesalahan boleh disihir untuk menjadi apa saja.
Saya berpandangan, orang seperti ini hanya layak dilucutkan kewarganegaraannya, hantar sahaja ke mana-mana benua yang sanggup menerima, tidak rugi Malaysia hilang manusia seperti ini.
Sekian, terima kasih.
AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas
13 Ogos 2019 - HARAKAHDAILY 13/8/2019


Video: Inilah Barisan Kita ~lirik~


Peluang Kerja Di Australia, Dibuka..
Kerja Di Australia, Dibuka..

4 comments:

Anonymous said...

Degrading our military is too much. He is rich but dont be arrogant. Remember that his
Wealth is directly or indirectly from peoples of Malaysia. IJM SHOULD DISASSOCIATE FROM THis GUY. Just as CATPAc disassociate with protester in HK after Chinese govt warning. Otherwise no more Govt project.

Anonymous said...

Askar melayu jaga ketenteraman, bangka ni pun dapat tempias. Dia pun tak boleh kaya macam sekarang. So jangan dah kaya boleh biadap sesuka hati. Masing masing ada peranan. Sakit hati melibatkan ramai orang. Bukan setakat keluarga, termasuk juga bangsa. Seluruh sistem ketenteraan pun terusik hati. Seluruh rakyat jelata pun ada yang terkejut dengan statement biadap ini. Bukan cara yang baik memburukkan bangsa lain, untuk bangsa sendiri dilihat sebagai baik. Statement terbuka,mohon maaf pun terbuka. Boleh saja pindah ke negara lain yang tentera nya tidak makan tidur.

Anonymous said...

Puak china komunis rasis sangat benci Angkatan Tentera Malaysia kerana ATM telah menghalang rancangan jahat china komunis untuk menguasai Tanah Melayu.

Sekarang saki baki komunis masih berada di negara ini untuk memperjuangkan komunisme.

Anonymous said...

Mana Mike Sabu, mengapa membiarkan puak rasis menghina ATM ? Takut pada l im to kong ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails