Wednesday, August 14, 2019

Ini, Projek DAP Langgar Tun M, Menurut Dr Kamarul Zaman


Projek DAP 'Langgar Tun M' dalam Kabinet hari ini?
TIGA isu hangat dijangka akan ditimbulkan oleh pemimpin DAP dalam mesyuarat Kabinet yang dijadual dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Kebetulannya pula ketiga-tiga isu yang mahu ditimbulkan oleh pemimpin DAP ini adalah bercanggah dengan pendirian Tun Dr Mahathir, malah keputusan awal kabinet sebelum ini.
Dua daripada isu ini, iaitu isu pengajaran tulisan khat Jawi di sekolah dan isu Lynas, malah telah mendorong DAP memanggil pertemuan khas semua wakil rakyatnya 5 Ogos lalu (khat Jawi) dan malam tadi (Lynas).
Bukan calang-calang orang yang akan menyuarakan isu-isu ini kerana semakan semula pengajaran tulisan khat Jawi akan dibawa sendiri oleh Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Keputusan untuk membawa usul mengkaji semula pengajaran tulisan khat Jawi ini pula didokong kuat oleh pemimpin DAP secara berkumpulan, khususnya DAP Perak dan Biro Undang-Undang DAP, dan secara individu.

Begitu juga dengan isu Zakir Naik yang akan dibawa oleh Naib Pengerusi DAP yang juga Menteri Sumber Manusia, Kula Segaran, yang mengumumkannya menggunakan letterhead rasmi kerajaan walaupun isu ini bukan berada di dalam bidang kuasa kementerian beliau.
Tekad DAP dalam isu Dr Zakir, selain tergambar di dalam dokongan pemimpin DAP lain terhadap Kula, terlihat dalam ayat yang beliau gunakan, iaitu "tindakan mesti diambil terhadap Dr Zakir" dan "masanya sudah tiba untuk Dr Zakir meninggalkan Malaysia".
Pendirian keras DAP dalam isu Lynas pula telah disuarakan oleh ramai pemimpinnya dan tergambar dalam kenyataan Ahli CEC DAP yang juga ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu.
Kata Ronnie Liu, "Kami (DAP) akan buktikan Lynas telah melanggar semua janji dan syarat yang mereka persetujui dan memang telah mencemar 'underground water' dll".
Sudah nekad benar nampaknya pemimpin DAP mahu 'melanggar' Tun Dr Mahathir dalam mesyuarat kabinet hari ini.
Akan berjayakah Menteri-menteri kabinet DAP mempengaruhi ahli-ahli kabinet lain supaya menyokong agenda mereka?
Sama ada DAP menang atau kalah hari ini, yang pasti ialah kenekadan mereka akan mengubah hala tuju politik negara. 
DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF 
HARAKAHDAILY 14/8/2019

Peluang Kerja Di Australia, Dibuka..
Kerja Di Australia, Dibuka..

2 comments:

Anonymous said...

Boleh saja langgar. Tapi kalau rakyat langgar dap, jangan nanti dikata rasis. Kalau rakyat langgar dong zong, jangan dikata rasis. Tutup sekolah jenis kebangsaan cina. Itu rasis kerana pelajarnya majoriti cina. Yg tak rasis boleh masuk mana mana sekolah di malaysia.

Anonymous said...

DAPig menentang TDM kerana TDM tidak mahu menjadi boneka DAPig. Oleh sebab itu, DAPig mahu melantik presiden semburit sebagai boneka DAPig.

Sokongan PAS dan UMNO kepada TDM telah menghalang rancangan jahat DAPig untuk menggulingkan TDM dan menghapuskan hak agama Islam dan hak umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails