Setiausaha Kehormat BWF, Thomas Lund berkata, badan itu memandang isu berkenaan sama serius seperti kes doping, dan menggesa pemain badminton di seluruh dunia supaya menjauhinya.
"Kita ada program menyeluruh anti-doping, dan perkara yang sama kita lakukan dengan kes-kes manipulasi perlawanan, yakni menggunakan pendekatan yang berbeza.
".. kita bersemuka dengan pemain, jurulatih, tapi itu tidak bermakna mereka telah berbuat sesuatu yang salah, cuma kita nak tahu apa yang sedang berlaku atau dengar cerita sepenuhnya.
"Kita cuma mahu pastikan para atlet tahu kita sedang memerhati dan sedar ada sesuatu yang 'tidak kena' sedang berlaku," katanya kepada pemberita ketika ditemui di ibu pejabat BWF hari ini
Sebuah portal sukan baru-baru ini melaporkan dua pemain badminton kebangsaan dibebani dengan masalah hutang selepas meminjam wang daripada Ah Long untuk berjudi.
Menurut laporan itu dua pemain badminton dipercayai gagal melunaskan hutang-hutang mereka dengan Ah Long yang didakwa menjangkau sehingga ratusan ribu selepas terbabit dengan judi bola sepak.
Susulan laporan itu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah memanggil kedua-dua pemain yang nama mereka dirahsiakan itu, untuk disoal siasat.
BAM menafikan dakwaan laporan berkenaan, namun mengakui memberikan kerjasama kepada BWF dalam siasatan mereka.
Lund bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenainya memandangkan kes itu masih dalam siasatan BWF. - BERNAMA


Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..