Israel buat 'keputusan pelik'
TEBING BARAT 1 Ogos - Israel membuat 'keputusan pelik' apabila meluluskan 700 kediaman baharu untuk rakyat Palestin serta 6,000 rumah untuk penduduk Yahudi di wilayah ini.
Lapor BBC, keputusan itu memperluaskan kehadiran Israel di Tebing Barat.
Masih belum jelas sama ada kelulusan pembinaan rumah untuk rakyat Palestin adalah pembinaan yang baharu atau sekadar kelulusan undang-undang untuk 700 buah kediaman sedia ada di kawasan Area C di wilayah ini.
Kepimpinan Palestin menolak pengumuman itu sambil berkata sebarang pembinaan atau kawalan terhadap pembinaan untuk rakyat Palestin di Tebing Barat tidak akan diterima. - AGENSI
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pepatah Melayu ada menyebutkan "Kalau Yahudi atau Belanda (penjajah di Indonesia) dapat tanah..."
Menggambarkan betapa kurang ajar, rakus dan biadapnya puak-puak penjajah barat dalam merampas hak orang lain, akan terus melebarkan penaklukannya seperti yang berlaku di Israel sekarang..
Lihat lagi..
- Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)
- Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)
- Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)
- Dari Ambil Alih Kedai Gunting Bapa, Kini Jadi Juta...(4)
No comments:
Post a Comment