Monday, August 26, 2019

Kawan-kawan, Umur 12 tahun, Cabul. Cuba Rogol.. Gaul Bebas.

Imej yang berkaitan
Gambar hiasan..


Budak 12 tahun nyaris dirogol rakan
KANAK-KANAK perempuan berusia 12 tahun berdepan detik hitam apabila dicabul dan cuba dirogol rakannya di sebuah kediaman di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Rabu lalu.
Menurut sumber, kejadian berlaku apabila mangsa ke rumah bapanya bersama tiga rakan lelaki, kira-kira jam 4.30 pagi.
“Bagaimanapun, apabila tiba mangsa mendapati ayahnya tiada di rumah.

“Mereka memecahkan kunci untuk masuk ke rumah dan ketika berada di rumah, mangsa berborak sambil menonton televisyen.
“Sejam kemudian, mangsa masuk ke bilik untuk tidur dan diekori salah seorang rakannya.
“Suspek bertindak meraba dan menanggalkan pakaian mangsa serta cuba merogolnya di dalam bilik, namun kemudian beredar meninggalkan rumah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, sehari selepas kejadian, mangsa menceritakan kejadian itu kepada bapanya.
“Susulan itu bapa mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada jam 11 malam, hari sama.
“Mangsa turut dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan polis sudah merakam percakapan mangsa serta melakukan siasatan di lokasi kejadian untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya. (MyMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah buruknya akibat sistem pergaulan bebas yang dikembangkan di Malaysia.. Maju ikut barat, konon... Sepatutnya  maju bersama syariat Islam.

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails