IPOH 23 Ogos - Exco kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol seorang wanita warga Indonesia yang merupakan pembantu rumahnya, Julai lalu.
Choo Kiong, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan setelah pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.
Mengikut pertuduhan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu didakwa melakukan rogol terhadap seorang wanita di dalam sebuah bilik di tingkat atas di rumah bernombor 52, Jalan Desa Meru 2, Meru Desa Park, Bandar Meru Raya antara pukul 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai lalu.
Pertuduhan terhadap ADUN daripada DAP itu dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Azhar Mokhtar dan Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Wardah Shahidan dan Naidatul Athirah Azman.
Pihak pembelaan pula dibarisi oleh RSN Rayer, Leong Cheok Keng, Ram Karpal Singh dan Farhan Sapian.
Hakim Norashima membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan menetapkan 24 September ini sebagai tarikh pengurusan kes berkenaan.-UTUSAN ONLINE
Lihat lagi..
- Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)
- Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)
- Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)
- Dari Ambil Alih Kedai Gunting Bapa, Kini Jadi Juta...(4)
Siapa mahu mengaku berak di tengah jalan.
ReplyDelete