Kit Siang mahu bersara dan lupakan Malaysia Baharu?
KUALA LUMPUR 29 Ogos - "Patutkah saya bersara dan lupakan Malaysia Baharu?' Itu pertanyaan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang sambil berjanji DAP tidak akan memungkiri janji mereka kepada rakyat.
Kit Siang melontarkan pertanyaan untuk bersara selepas lebih lima dekad bergelumang dalam politik ekoran keyakinan dalam kalangan penyokong yang dikatakan semakin menurun.
Mengulas dekad perjuangan dan pengorbanannya, Kit Siang berjanji bahawa DAP tidak akan memungkiri keyakinan rakyat atau mengetepikan prinsipnya serta harapan dan objektif Malaysia Baru.
Bagaimanapun, ahli parlimen Iskandar Puteri itu berkata DAP memerlukan masa untuk rakyat menyedari perkara itu dan menggesa para pemimpin parti supaya mempunyai stamina, ketekunan dan komitmen untuk kekal meneruskan apa yang telah dirangka.
Kit Siang mendakwa jika pilihan raya umum diadakan sekarang, beliau akan kalah dan DAP akan kehilangan 30 hingga 40 peratus undi di seluruh negara.
"Ini adalah kesan salah faham dan salah tanggapan terhadap DAP dan Pakatan Harapan dalam kalangan penyokong tegar kami.
"Kami memerlukan masa bagi penyokong dan rakyat menyedari bahawa DAP tidak mengkhianati mereka dan kami tidak akan berputus asa akan harapan kami berhubung objektif Malaysia Baru, perpaduan, kebebasan, keadilan, kecemerlangan dan integriti.
"Sekiranya DAP mengkhianati prinsip rakyat dan harapan Malaysia Baharu, maka DAP berhak ditolak oleh rakyat Malaysia dan tidak ada cara untuk memulihkan DAP atau mendapatkan sokongan pengundi dengan peralihan masa. Malah, hasilnya hanya mungkin lebih teruk.
"Tetapi jika DAP tidak mengkhianati prinsip dan harapan rakyat, maka masa akan menunjukkan betapa salahnya salah faham dan salah tanggapan mengenai DAP," katanya dalam satu kenyataan.
Bagi memberi gambaran tentang kemerosotan keyakinan kepada DAP, Kit Siang memetik komen pada kenyataan terdahulu bahawa pemimpin parti itu telah menjadi pekak, buta dan bisu apabila percaya Pakatan Harapan boleh memenangi pilihan raya umum ke-15 pada 2023.
Kit Siang berkata, dalam tempoh dua bulan, rakyat Malaysia telah terperangkap dalam kedudukan ganas di mana setiap komuniti hidup dalam ketakutan, keraguan, kecurigaan dan kebencian terhadap masyarakat dan agama lain, mempercayai bahawa hak, etnik, agama dan budaya mereka sedang terancam.
Beliau meletakkan kesalahan itu kepada kempen berita palsu yang terancang dan ucapan-ucapan berbaur kebencian.
"Bagaimana mungkin ini berlaku. Orang-orang Melayu percaya bahawa mereka telah kehilangan kuasa politik dan hak, etnik, agama dan budaya mereka menghadapi ancaman.
"Sebagai contoh, kerosakan sistem Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini digunakan untuk menyebarkan ketakutan bahawa tiga juta warga China telah memasuki negara ini, mengubah demografi di negara ini. Pada hal berita ini langsung tidak ada asas kerana proses pemeriksaan kemasukan warga asing dilakukan secara manual oleh Jabatan Imigresen, dan semua pelawat terpaksa mengikut prosedur operasi standard (SOP).
"Jika berfikir sedikit, mustahil tiga juta warga China boleh meloloskan diri melalui KLIA dalam masa tiga hari, yang bermakna lebih dari 10,000 pendaratan pesawat dalam satu hari. Bolehkah ini dilakukan tanpa ada yang menyedarinya," soal beliaua.
Kaum Cina di Malaysia pula kata Kit Siang takut hak, etnik dan budaya mereka menghadapi ancaman.
Beliau turut melahirkan penghargaan kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim yang berjaya mengatasi ketakutan kononnya kerajaan Pakatan Harapan menyekat persembahan tarian singa.
"Kerana kekurangan maklumat dan perundingan yang tidak mencukupi, warisan kerajaan terdahulu mengenai Jawi di sekolah rendah Cina dan Tamil dianggap sebagai serangan eksistensi terhadap pendidikan dan budaya Cina dan Tamil oleh kerajaan Pakatan Harapan.
"Dalam masa dua bulan, melalui berita palsu dan ucapan benci, para oportunis politik dan mereka yang terdesak telah menyematkan rasa tidak selamat terhadap kaum agama dalam setiap komuniti hingga menjadikegusaran, ketakutan dan kebencian masyarakat lain," katanya.
Dalam kenyataan itu, Kit Siang juga merunugut bahawa pembinaan negara Malaysia terjejas 16 bulan lepas selepas pilihan raya umum ke-14.
"Biar setiap rakyat Malaysia bertanya soalan ini: Jika setiap komuniti, etnik dan budaya menghadapi ancaman, siapa yang mencetuskan ancaman ini?
"Saya percaya Malaysia Baharu boleh menjadi negara bertaraf dunia dalam pelbagai bidang kerana empat tamadun hebat - Islam, Cina, India dan Barat - bertemu di Malaysia," katanya. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sokong kenyataan LKS! DAP sebagai seekor cicak sekarang.. Kepalanya sudah terkepit di palang pintu atau dilestik, tak boleh buat apa-apa lagi.. Ekornya dah luruh ke bawah terkodek-kodek!
Kodek-kodek itulah yang kita dengar bising-bising kini, salakan pecacai balaci, penyokong atau 'tentera kacang merah'nya..
Kodek-kodek itulah yang kita dengar bising-bising kini, salakan pecacai balaci, penyokong atau 'tentera kacang merah'nya..
Lihat ini..
Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.
Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim
Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..
- Jelajah Colombo, Inilah Yang Saya Cari..
- Bandar Islam Di Colombo..
- Malaysia Termasuk Dalam Tamil Empire?
- Sri Lanka: Orang Melayu Hijrah Keluar Dari Kelompo...
- Gadis Itu Merangkul Lenganku, Mengapa?
- Adam's Peak Sri Lanka, Lambang Kesatuan Manusia
- Khalifah: Anggapan Bahaya Tentang Turunnya Adam..
- Aksi Lacur: Bawah Jejambat Pun Jadi..
- Orang Melayu Membuka Sekolah Islam Di Colombo.
- Sri Lanka: Jumpa Kawan Lama, 22 Tahun Lalu.
Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..
5 comments:
Saya sangat bersetuju dengan tuan ibnuhasyim dan ketawa tergolek-golek membaca komen tuan ibnu:
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sokong kenyataan LKS! DAP sebagai seekor cicak sekarang.. Kepalanya sudah terkepit di palang pintu atau dilestik, tak boleh buat apa-apa lagi.. Ekornya dah luruh ke bawah terkodek-kodek!
Kodek-kodek itulah yang kita dengar bising-bising kini, salakan pecacai balaci, penyokong atau 'tentera kacang merah'nya..
Dengar tu kacang merah DAP. Haaaaaa!
Nampaknya barua-barua ternakan DAPig sangat takut pada kerjasama PAS-UMNO yang didokong umat Islam kerana boleh menumbangkan Pakatan Hancing dalam PRU yang akan datang.
Apa boleh buat
Jangan terpengaruh dengan pelbagai skim palsu yang telah menipu ramai orang seperti iklan di atas.
Post a Comment