Saturday, August 10, 2019

Luar Biasa! Walau Hujan Turun Lebat.. Lebih 1000,000... Dr Zakir




SEKALI lagi Kelantan mencipta sejarah tersendiri. Lebih dari 100,000 orang membanjiri Stadium Sultan Mohd Ke IV malam tadi. Bilangan yang di luar jangkaan. Ceramah serta soal jawab berakhir jam 1.15 pagi. Luar biasa. Itupun sebab hujan turun dengan lebatnya sedangkan masih ramai yang berbaris ingin bertanya. Penganjur terpaksa berhentikan majlis. Benar-benar luar biasa.
Asalnya kita teragak-agak untuk menganjurkan program ini. Sebab ianya melibatkan personaliti bertaraf dunia. Ceramahnya diikuti lebih 200 juta penonton melalui siaran Peace TV, facebook dan media sosial miliknya. Beliau bukan calang-calang orang. Diberitakan pernah satu ceramahnya di India dihadiri lebih 1 juta orang. YAB Dato' Menteri Besar pernah melahirkan kebimbangan ini. Lagipun ceramahnya dalam Bahasa Inggeris. Berapa ramai sangat yang akan datang.
Jawatankuasa promosi nampaknya berjaya menjalankan tugas yang diamanahkan. Begitu juga Perhubungan PAS Kelantan dan UPKN yang turun ke pelusuk negeri dalam program roadshow. Syabas.
Yang jelas rakyat Kelantan dan umat Islam bukan sahaja ingin mendengar ceramah tetapi lebih besar dari itu berdiri bersama dan bersimpati dengan Dr Zakir Naik. Itulah tujuan utamanya juga Kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan jelajah ini. Bersolidariti bersama Dr Zakir Naik. Ia sangat kena pada masanya. Kenyataan beberapa pihak yang membenci beliau terutamanya pemimpin DAP Lim Kit Siang baru-baru ini sangat menimbulkan kemarahan dan lebih membakar semangat bukan sahaja orang Kelantan malah umat Islam dari seluruh Malaysia. Sebab itu ramai juga dari luar Kelantan yang hadir. Nampaknya kenyataan Lim Kit Siang sangat-sangat membantu kami. Terima kasih.
Saya mewakili seluruh AJK dan semua pihak terlibat mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh rakyat negeri Kelantan serta semua yang hadhir tanpa mengira bangsa dan agama.
Sepanjang jelajah tersebut beberapa siri program telah diadakan antaranya adalah Intellectual Discourse, Ladies Talk, Muslimah Students Talk, Executive Talk, Kuliah Subuh dan lain-lain. Kesemua program tersebut mendapat sambutan melebihi jangkaan.
Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh AJK Induk dan AJK Pelaksana, kesemua individu yang terlibat, pihak-pihak yang telah menyumbang, YDH Ketua Polis Kelantan dan seluruh anggotanya, Jabatan Amal dan anggotanya, Keselamatan PAS Kelantan, Ulama, Muslimat, Pemuda, Kerabat dan DHPP. Juga kakitangan Badan Perhubungan PAS Kelantan. Penghargaan khusus kepada YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, YB Timbalan Menteri Besar, seluruh EXCO kerajaan negeri serta ahli-ahli dewan undangan negeri dan parlimen, Dato' Kaya Setia SUK dan seluruh kakitangan kerajaan negeri. Kelantan mencipta sejarah lagi.
YB DATO' DR MOHAMED FADZLI HASSAN, Pengerusi Jawatan Kuasa Induk, Jelajah Dr Zakir Naik Ke Kelantan 2019 - HARAKAHDAILY 10/8/2019
Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

1 comment:

Anonymous said...

Umat Islam tulen berjuang menegakkan agama Islam, mengamalkan amar makruf nahi munkar dan membela ulama Islam, pendakwah Islam dan hak umat Islam termasuk hak kaum Melayu dan menentang puak kafir dan puak munafik yang bersekongkol memusuhi, menfitnah, memburuk-burukkan dan menghina agama Islam ulama Islam, pendakwah Islam , parti Islam dan menindas umat Islam.

Maka jelaslah sesiapa yang menyokong musuh Islam @ kafir harbi seperti parti rasis DAPig adalah puak bodoh berganda-ganda atau puak munafik atau kafir.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails