Monday, August 19, 2019

Mahu Komunis Diiktiraf, DAP Khianati Agama Orang Cina?


Pemimpin DAP mahu Komunis diiktiraf, dihargai?

BERITA YB Haji Razman Zakaria, Pesuruhjaya PAS Perak merangkap ADUN Semanggul ini amat mengharukan.

Beliau mendedahkan:
  1. Ciapan seorang pemimpin DAP di akaun Twitter beliau bahawa mendiang datuknya adalah bekas perajurit yang mempertahankan negara semasa Perang Dunia Kedua telah menimbulkan pelbagai persoalan. Dinyatakannya semasa penjajahan Jepun itu, mereka berkorban mempertahankan kedaulatan negara. Dijulangnya sebagai wira dan wirawati di mana sumbangan mereka wajib diberi penghargaan.
  2. Bagi sesiapa sahaja atas Pengajian Malaysia atau Sejarah dipelajari, ciapan itu sangat memusykilkan kerana perajurit yang mempertahankan negara ketika itu adalah tentera dari Negara-negara Komanwel. Adapun tentera tempatan adalah dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan semuanya berketurunan Melayu. Kerana itu pelik bila Ahli Parlimen dari Perak ini menyatakan demikian.
  3. Pihak lain adalah Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) dari pertubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) juga dipanggil Bintang Tiga yang menentang atas kebencian berhubung kait perang China-Jepun. Namun, MPAJA yang mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu selama 14 hari selepas kekalahan Jepun, telah menimbulkan huru-hara dan keganasan serta pembunuhan.
  4. Natijah paling buruk ialah MPAJA atau Bintang Tiga yang terdiri dari ahli-ahli Parti Komunis Malaya ini telah meletuskan pertempuran perkauman khususnya antara orang Cina dengan Melayu hingga merenggangkan hubungan. 
Persoalan:

Kini, adakah pemimpin DAP tersebut cuba mengapikan sentimen perkauman dengan menjulang terbuka mendiang datuknya sebagai bekas perajurit yang mempertahankan negara ini?
  1. Persoalannya adakah ini episod lanjutan dari provokasi awal perlekehan ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai "hanya tahu makan dan tidur sahaja" oleh taikun pro-PH, Koon Yew Yin minggu lalu? 
  2. Setelah martabat para perajurit sebenar negara ini direndahkan hingga mahu meletakkan mereka di ladang FELCRA mengganti warga asing, lalu tiba-tiba diangkat tinggi pihak yang bertindak sebaliknya.
  3. Atas nama kasih sayang dan kecintaan kepada keluarga ia memberi hak untuk memberi perakuan peribadi terhadap perjuangan datuk nenek moyang atau generasi terdahulu. 
  4. Namun sebagai ahli politik berkedudukan, kami khuatir ciapan itu menjadi isyarat awal untuk mewajarkan perjuangan Komunis. Apatah lagi menjadi 'lobi' untuk mendapatkan satu pengiktirafan negara sebagai jasa atau disahkan mereka.
  5. Gelaran perajurit, wira dan wirawati negara serta terma mempertahankan kedaulatan negara ini serta penghargaan yang diberi adalah hak eksklusif dan nilai tidak boleh disetarakan dengan MPAJA dan PKM. 
  6. Paling dikesalkan, lontaran terbuka itu sudah membayangkan secara halus ketidaksetiaan sebagai warganegara terhadap tonggak-tonggak penting pejuang dan perjuangan negara ini.
YB Haji Razman membuat kesimpulan:

"Demikian itu, kami menggesa pemimpin berkenaan tampil menyatakan secara terang dan jujur tujuannya membuat ciapan berbau rasis dan mungkin merangka satu gerakan berkaitan yang kami sebutkan. 

"Atas sebarang tindakan untuk memperakui atau mengiktiraf perjuangan berkaitan sebagai mempertahankan negara tidak dapat diterima sama sekali, apatah lagi cuba memberi penghargaan." Tegas beliau, menurut HARAKAHDAILY 19/8/2019

Komen Weblog Ibnu HasyimPemimpin DAP mahu Komunis diiktiraf, dihargai? Berita ini sebenarnya satu pengkhianatan kepada kepercayaan orang-orang Cina terutamanya yang tinggal di Malaysia, oleh parti DAP. Kepercayaan komunis mengheret dan memaksa mereka ke arah fahaman tiada beragama.

Lihat gambar ini.. (Sumber: BITTER WINTER)
Pekerja di negara China meletakkan perancah di sekitar patung Guanyin kuil Qinggue yang akan dirobohkan. Kerana Parti Komunis Cina (CCP) menganggap patung-patung tersebut sebagai musuh negara yang paling digeruni. Patung-patung dewa Buddha di seluruh China akan dirobohkan atas arahan kerajaan pusat.

Kuil Qingguo yang terletak di bandar Duqiao, di bawah pentadbiran bandar Linhai, wilayah timur Zhejiang terdapat patung Guanyin gangsa yang berdiri setinggi 15 meter. Ia dibina dengan kos sebanyak tiga juta RMB (kira-kira RM 1. 78 juta).Tahun lepas ketua biara telah menerima notis daripada kerajaan tempatan, mengarahkan patung Guanyin di robohkan karena patung keagamaan tidak boleh dibina ditempat terbuka.

Seorang penganut Buddha tempatan memberi tahu bahwa untuk menyelamatkan patung Guanyin, ketua kuil itu mengemukakan permohonan kepada Biro Hal Ehwal Agama memohon menutup patung tersebut dari pandangan tanpa perlu dirobohkan tetapi kerajaan tetap mahu ianya dirobohkan.

Pada bulan Mei lalu, pegawai-pegawai kerajaan tempatan Linhai telah datang ke kampung di mana Kuil Qingguo terletak untuk berunding dan mengambil keputusan untuk tetap merobohkan patung Guanyin. Sebulan kemudian, kerajaan tempatan memulakan prosedur pembidaan untuk kerja-kerja perobohan.

Jaga-jaga dengan pemimpin DAP.


Lihat gambar ini..

7 comments:

Anonymous said...

MPAJA @ Bintang Tiga adalah pertubuhan haram pengganas komunis yang sangat kejam, zalim telah menyerang, menyiksa, merogol dan membunuh kaum Melayu, membakar kampung Melayu, memusnahkan ladang Melayu, memusnahkan masjid, menghina Islam, membunuh polis dan tentera dan memusnahkan ekonomi dan keamanan.

Pertubuhan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang berasal dari pertubuhan pengganas komunis Bintang Tiga meneruskan kezaliman, kekejaman, keganasan, kemusnahan dan serangan ganas dan pembunuhan ke atas kaum Melayu, tentera dan polis sehingga tahun 1989 apabila pengganas komunis bersetuju untuk meletakkan senjata.

Kita berpendapat pertubuhan pengganas komunis ini masih lagi aktif memandang penyokong-penyokong komunis masih lagi wujud dan mereka telah menyusup masuk ke dalam NGO dan parti politik kafir harbi untuk meneruskan agenda jahat komunis untuk menguasai negara ini.

Anonymous said...

Penyokong komunis = pengkhianat negara.

Anonymous said...

Pembetulan untuk perenggan kedua dalam komen saya 6.08 pm

PKM @ Parti Komunis Malaya @ MCP @ CPM telah ditubuhkan dalam tahun 1930 dan MPAJA pula telah ditubuhkan dalam bulan March 1942.

MPAJA adalah pasukan bersenjata pengganas komunis di bawah PKM kerana pemimpin-pemimpin MPAJA terdiri dari pemimpin-pemimpin PKM.

Selepas MPAJA dibubarkan, ramai ahli MPAJA menyertai PKM untuk kezaliman, kekejaman, keganasan, kemusnahan dan serangan ganas dan pembunuhan ke atas kaum Melayu, tentera dan polis sehingga tahun 1989 apabila pengganas komunis bersetuju untuk meletakkan senjata.

Anonymous said...

Pembetulan untuk perenggan ketiga dalam komen saya 7.30 pm

Selepas MPAJA dibubarkan, ramai ahli MPAJA menyertai PKM untuk melakukan kezaliman, kekejaman, keganasan, kemusnahan dan serangan ganas dan pembunuhan ke atas kaum Melayu, tentera dan polis sehingga tahun 1989 apabila pengganas komunis bersetuju untuk meletakkan senjata.

Anonymous said...

PKM @ MPAJA bukan pejuang kemerdekaan kerana mereka untuk agenda jahat komunis untuk menguasai negara ini secara kekerasan.

Sebenarnya MPAJA selalu mengelakkan diri dari berjuang menentang tentera Jepun selepas tentera Jepun menyerang dan menbunuh pemimpin-pemimpin PKM dan MPAJA dalam satu perjumpaan pemimpin-pemimpin PKM dan MPAJA di sebuah kampung.

Ini adalah hasil kerjasama seorang pemimpin tinggi PKM @ MPAJA dengan tentera Jepun. Dan pemimpin PKM @ MPAJA jini uga adalah seorang agen British.

Anonymous said...

Fakta: Pengganas komunis sangat zalim dan kejam kerana mereka sanggup menyiksa dan membunuh anggota PKM sendiri.

Pengganas-pengganas komunis PKM telah menyiksa dan membunuh antara satu sama lain pada skala besar kerana pemimpin-pemimpin tertinggi PKM mengesyaki terdapat pengkhianat dalam PKM.

Bahkan pemimpin PKM sengaja membiarkan pengikut-pengikutnya mati kebuluran dalam hutan sedangkan dia dan bininya menikmati pelbagai jenis makanan dalam kem pengganas komunis.

Anggota komunis Melayu dalam rejimen ke 10 PKM juga ditindas dianaktirikan oleh pemimpin-pemimpin komunis china yang mengamalkan double standard.

Dll.

Anonymous said...

Kematian dalam peristiwa bukit kepong, bukanlah kematian yang sia sia. Komunis laknat menyerang pasukan yang pertahan negara. Jika nak jadi perajurit, masuk tentera, bukan jadi pembunuh sebagai komunis. Sabu pun pernah jaja komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Sabu pun kencing rakyat malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails