DI BENUA Afrika, satu-satunya negara yang mempunyai ramai penduduk dari etnik Melayu adalah Afrika Selatan. Di negara ini, penduduk Melayu dikenali dengan nama Melayu Cape (disebut ‘kep’, bukannya cape atau capek yang ertinya letih.
Melayu Cape (kap) di sini hampir menyamai definisi Melayu di negara kita iaitu istilah umum yang merujuk kepada komuniti keturunan pendatang yang datang dari seluruh kepulauan Melayu (tidak terhad dari semenanjung Tanah Melayu semata-mata) dan turut mempunyai percampuran darah dengan para pendatang dari India, Madagascar, Arab dan lain-lain kawasan.
Nama ‘Cape’ ini merujuk kepada Cape of the Golden Hope, wilayah di mana masyarakat Melayu yang dibuang negeri dikumpulkan. Pendatang dari kepulauan Melayu dikatakan mula tiba di Afrika Selatan sekitar abad ke-17. Pendatang dari kepulauan Melayu ini boleh dibahagikan kepada empat kategori, iaitu:
- golongan raja dan bangsawan,
- ulama’,
- rakyat merdeka
- serta hamba.
- Raja Tambora, menantu Sultan Pakubuwono iaitu Loring Passir dan adiknya,
- Dipa Nagara, Raja Muda Doumano iaitu Termano,
- Raja Ahmad dari Ternate,
- Raja Madura, Daeng Mangenan dari Makasar dan Raja Boelong Egnesius Monoppo
- sementara ulama’ terkenal yang dibuang negeri ke sini ialah Syeikh Yusuf, mufti Kerajaan Banten, dan Imam Abdullah Kadi Abdussalam.
Salah satu fakta yang agak pelik dan aneh untuk diteliti ialah dasar penjajah Belanda pada ketika itu yang menggalakkan golongan hamba-hamba untuk memeluk agama Islam. Ini kerana penjajah Belanda tidak membenarkan hamba-hamba yang beragama Kristian untuk diperdagangkan di pasaran.
Setiap hamba yang diterima untuk memeluk agama Kristian di Afrika Selatan secara automatiknya akan menjadi manusia yang bebas. Justeru itu, bagi mengelakkan kehilangan hamba-hamba ini yang dianggap oleh penjajah Belanda sebagai sebagai “harta” yang boleh di jual-beli di pasaran, hamba-hamba yang masih belum beragama digalakkan untuk menganut agama Islam.
Topi bulat yang dipanggil Toding dipakai secara meluas dan merupakan salah satu identiti Melayu Cape pada abad ke-18 dan 19. Bentuknya seakan-akan bentuk topi Tarendak bagi masyarakat Melanau di Sarawak.
Kehadiran rumpun Melayu juga membolehkan pengaruh Bahasa Melayu digunapakai di Afrika Selatan khususnya di Cape Town. Perkara ini dapat dirujuk menerusi catatan mahkamah yang dibuat pada tahun 1713. Salah satu kes mahkamah yang membabitkan 12 orang pekerja menggunakan Bahasa Melayu dalam menyampaikan keterangan mereka.
Catatan lain pula menunjukkan pada tahun 1725, seorang pesalah berketurunan China juga memberikan keterangan di Mahkamah menggunakan Bahasa Melayu. Sementara pada tahun 1733, tiga pesalah keturunan yang sama turut menggunakan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi di mahkamah.
Namun demikian, Bahasa Melayu semakin mengalami kepupusan menjelang abad ke-19 dan tidak lagi dituturkan sepenuhnya oleh masyarakat Melayu Cape dan hanya digunakan oleh beberapa individu terutamanya yang sering berurusan dan berulang-alik antara Afrika Selatan ke Malaysia/Indonesia. Beberapa istilah istilah Bahasa Melayu juga turut terserap dalam Bahasa Afrikaan, antaranya ialah Agar-agar, Arak, Askari (Askar) dan Atjar (Acar).
Menjelang abad ke-20, istilah ‘Melayu’ terus digunakan oleh penjajah British yang mengambil alih kuasa daripada Belanda di Afrika Selatan. Penjajah British turut mengetengahkan jati diri Melayu di Afrika Selatan dengan menubuhkan satu batalion tentera yang dikenali sebagai “Malay Corps”. Tindakan penjajah British itu menunjukkan pengiktirafan mereka terhadap masyarakat Malay Cape sebagai salah satu daripada warga penduduk di Afrika Selatan.
Walaubagaimanapun, pada tahun 1846, batalion ini telah dibubarkan apabila anggotanya terlibat dalam pemberontakan disebabkan mereka tidak diberikan layanan sebagaimana yang telah dijanjikan.
Ketika era Aparteid, masyarakat Melayu di Afrika Selatan dikelaskan dalam golongan ‘Coloured’, yang menduduki strata pertengahan dalam kelas sosial pada waktu itu. Golongan Kulit Putih menduduki herarki teratas sementara golongan kulit Hitam menduduki hierarki terbawah.
Masyarakat Melayu di Afrika Selatan khususnya di Cape kini ramai yang tinggal di Malay Quarters, merupakan sebuah kawasan berbentuk segi empat bujur yang dibatasi oleh Jalan Buitengracht, Chiappini, Wale dan Strand. Kawasan ini merupakan kawasan kediaman tertua orang Melayu di Afrika Selatan. Malay Quarters terletak di pinggir pusat bandar raya Cape Town dan sering di sebut sebagai Bo-Kaap.
Sungguhpun Bo-Kaap pada asalnya merupakan tempat kediaman orang Melayu, tetapi hari ini kawasan ini lebih merupakan kawasan kediaman penduduk kulit berwarna.
Identiti bahasa dan budaya masyarakat Melayu Cape semakin lama semakin terhakis sejajar dengan peredaran masa. Memandangkan pada hari ini, masyarakat Islam Afrika Selatan dari keturunan benua India lebih ramai daripada masyarakat Melayu Cape, minoriti Melayu Cape lebih selesa menggunapakai nama yang lebih umum iaitu “Muslim Cape” berbanding “Malay Cape” pada hari ini.
https://muhdhazrie.wordpress.com/2012/02/21/komuniti-melayu-cape-di-afrika-selatan/
Bersambung..
Lihat sebelum ini..
Bersambung..
Lihat sebelum ini..
6 comments:
Mereka tu islam ke, tak jadi ahli PAS pun?
Orang Islam tidak akan menjadi ahli parti kafir harbi DAPig kerana DAPig telah menghina dan memusuhi agama Islam dan umat Islam.
Hanya puak munafik Melayu liberal yang menjadi khadam DAPig.
wooo, kalau tak masuk PAS jadi kafir. Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Kenali tu kafir ker sebab mereka tak jadi ahli PAS?
Jangan pengaruh orang kampung dengan pendapat syaitan kamu. Zaman nabi, Iblis menyamar jadi orang Islam, macam kamu, tapi nak menjahanamkan Islam.
Tunjuk dulu peribadi mulia pemimpin PAS, jangan putarbelit, jangan fitnah, jangan makan dedak.....
PAS berjuang bukan untuk Islam, PAS putar agama Islam untuk kepentingan peribadi.
Anjing kurap 11:59pm ternakan parti rasis kafir harbi DAPig sedang menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS kerana PAS berjuang menegakkan ajaran Islam dan menyeru manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Sebaliknya barua dan pemimpin Pakatan Hancing pimpinan DAPig menganggap tindakan menipu rakyat dengan pelbagai janji palsu, merogol pembantu rumah, semburit, lgbt, pesta arak, rasuah banglo dan terowong dll sebagai tindakan 'suci'.
Abang besar kafir harbi DAPig yang suka membela kemungkaran dan kesesatan dan menghina agama Islam dan ulama Islam dan menafikan hak umat Islam dianggap 'suci' oleh barua 12:01am kerana barua dedak roket ini juga adalah musuh Islam.
Post a Comment