Daim: Kita ketinggalan serba-serbi
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin menegaskan Malaysia kini berada jauh ketinggalan berbanding negara-negara lain.
Kata bekas Menteri Kewangan itu, ketika Malaysia sedang mengejar Revolusi Industri Ke-4 (RI-4), negara lain telah pun bersedia menyambut kedatangan RI-5.
“Janganlah kita terus hidup dalam ilusi. Kita masih jauh untuk keluar dari hutan (menuju kemajuan). Kita jauh dari bersedia menerima perubahan di sekeliling kita. Kita jauh dari menjadi bangsa yang bersatu.
“Kita jauh dari mampu untuk bersaing di peringkat sejagat. Kita jauh dari mampu menerima perbezaan dan perubahan. Dan punca ketidaksediaan ini adalah pendidikan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk Polisi Ekonomi Baharu untuk Malaysia Baharu dalam International Conference on Emerging Issues in Public Policy: Global Trends and Projections (IPP) 2019 di Institut Dasar Awam dan Pengurusan, Universiti Malaya (UM) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malaysia jauh ketinggalan, kata Daim, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan dan bekas Menteri Kewangan. Apa komen menteri Kewngan sekarang atas tempelakan ini?
Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
1 comment:
KERAjaan PH telah buat pinjaman dan menjual aset negara. Sekarang mana semua wang tersebut ?
LGE sila jawab soalan di atas kerana ekonomi negara, nilai RM , pelaburan asing, harga getah dan kelapa sawit sedang merundum dan kehidupan rakyat semakin tertindas dan miskin dan kadar pengangguran, harga barang dan perkhidmatan dll semakin meningkat sejak PH memerintah negara.
Post a Comment