KUALA LUMPUR 3 Ogos – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengesahkan menerima aduan dari pekerja di Hond Tat Industries Sdn. Bhd. (Hond Tat) berhubung memo larangan solat bagi umat Islam sewaktu bekerja.
Presiden MTUC, Abdul Halim Mansor berkata, seorang pekerja Hond Tat telah menghubunginya pada 30 Julai lalu dan bertanya tentang hak pekerja berhubung waktu solat.
Katanya, pada keesokan hari beliau menerima gambar memo yang menyatakan pekerja tidak dibenarkan sembahyang kecuali pada waktu makan tengah hari dan akan didenda RM500 untuk setiap kesalahan.
Ujarnya, menyedari kemungkinan berlaku pencabulan Akta Pekerjaan 1955 beliau segera mengemukakan aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mengenai memo itu.
“Sebaik sahaja saya menerimanya, pagi itu kami menghubungi JTK Putrajaya yang kemudian mengarahkan JTK Selangor untuk menyiasat perkara itu,” katanya seperti dipetik Portal Malaysiakini.
Gambar memo berhubung larangan waktu solat itu sebelum ini tular dan mendapat kecaman warga maya yang rata-rata menyifatkannya sebagai melanggari hak keagamaan pekerja terutama bagi beragama Islam.
Semalam, pengurus operasi Hond Tat yang tidak dinamakan dilaporkan memberitahu New Straits Times bahawa memo bertarikh 30 Julai itu palsu.
Abdul Halim berkata, beliau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa memo itu sebenarnya dikeluarkan oleh kilang berkenaan.
“Walaupun ia tidak ditandatangani, notis itu dipaparkan di papan notis di kilang. Ia tidak dihantar kepada pekerja individu tetapi didedahkan sebagai notis am kepada semua kakitangan.
“MTUC percaya memo itu dikeluarkan syarikat itu kerana ia mempunyai kepala surat syarikat dan ia dilihat di premis syarikat,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Puak kafir harbi semakin berani menghina Nabi , agama Islam dan umat Islam sejak Pakatan Hancing pimpinan parti rasis kafir harbi DAPig berkuasa.
ReplyDeleteNampaknya pemimpin-pemimpin Melayu dalam Pakatan Hancing berdiam diri seperti syaitan bisu @ pasu bunga kerana mereka takut pada abang besar DAPig.
Mana ular*ma-ular*ma parti kuali imayam putumayam ? Mereka sibuk membela abang besar kafir harbi DAPig sehingga mereka tidak mempunyai masa untuk membela Islam.
Wah dedak cap roket lebih penting dari agama Islam konon.