HALAMAN HIBURAN
AMPANG JAYA - Seorang pelakon lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian penipuan dalam urusan pemindahan mata wang Kripto (Cryptocurrency) milik seorang penerbit filem bergelar Datuk di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, tangkapan dilakukan kira-kira pukul 12.20 tengah hari selepas suspek hadir memberikan keterangan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) di Balai Polis Taman Bukit Indah.
"Tangkapan dibuat susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa mendakwa mata wang kripto bernilai kira-kira RM213,805 miliknya telah dipindahan ke akaun lain tanpa pengetahuannya.
"Suspek telah disyaki melakukan pemindahan tersebut memandangkan hanya lelaki berkenaan yang didakwa mengetahui kata laluan bagi akaun mata wang kripto milik mangsa," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Noor Azmi, tangkapan ke atas suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an itu dibuat oleh pasukan Unit Cryptocurrency Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman bersama BSJK Daerah Ampang Jaya.
"Siasatan berhubung kejadian berkenaan masih lagi diteruskan bagi mendapatkan pengesahan transaksi tersebut," tegas beliau. (Kosmo!)
Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..
Lihat ini..
Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.
Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim
Bab I: Sebelum pergi..
- Jelajah Colombo, Inilah Yang Saya Cari..
- Bandar Islam Di Colombo..
- Malaysia Termasuk Dalam Tamil Empire?
- Sri Lanka: Orang Melayu Hijrah Keluar Dari Kelompo...
- Gadis Itu Merangkul Lenganku, Mengapa?
- Adam's Peak Sri Lanka, Lambang Kesatuan Manusia
- Khalifah: Anggapan Bahaya Tentang Turunnya Adam..
- Aksi Lacur: Bawah Jejambat Pun Jadi..
- Orang Melayu Membuka Sekolah Islam Di Colombo.
- Sri Lanka: Jumpa Kawan Lama, 22 Tahun Lalu.
No comments:
Post a Comment