Misha Omar sukar untuk sembunyikan rasa terharunya apabila diberi peluang mengadakan konsert di Dewan Filharmonik Petronas.
HALAMAN HIBURAN
Begini bunyi berita:
Apabila tiga 'ratu' turut larut dalam emosi Misha
BUKAN sehari dua, bukan juga setahun dua, tetapi 17 tahun masa diambil oleh Misha Omar untuk berkongsi rasa dalam sebuah pementasan di venue berprestij, Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC pada Isnin malam.
Penantian hampir dua dekad dibayar Misha dengan sebuah pementasan elegan sebagaimana anggunnya imej dan reputasi yang dibinanya selama ini.
Terima kasih pada perjalanan seni 17 tahun yang mengajarnya bukan mudah menjadi artis.
Dari hari pertama melangkah kaki memilih untuk menjadi penyanyi sepenuh masa, Misha atau nama sebenarnya Samiha Omar tidak menoleh ke belakang lagi.
Menyedari persaingan diterima sangat sengit, namun iltizam untuk memahat nama sebagai seorang penghibur menjadi azimat buat dia.
"Lama saya tunggu saat ini, 17 tahun. Anda semua yang hadir di sini (DFP) memberikan saya semangat dan keyakinan yang luar biasa," kata Misha merumuskan kehadiran 900 peminatnya di DFP sebagai satu vitamin untuk dia lebih ghairah melakar pencapaian baharu dalam bidang nyanyian.
Sekalipun durasi konsert sekadar 80 minit, namun ruang dan kesempatan itu digunakan sebaik mungkin oleh Misha untuk menghargai kelompok peminat yang menjadi tulang belakang kejayaannya dalam gelanggang seni.
Menonton pementasan This Is Misha juga memberi tafsiran kepada penonton bahawa penghibur berusia 37 tahun itu harus diberi peluang yang lebih besar pada masa depan.
Keinginan itu turut disuarakan penyanyi Bunga-Bunga Cinta itu ketika berkomunikasi dengan penonton.
"Apakah mungkin saya adakan konsert dalam skala yang besar?" tanya Misha memancing minat penonton yang menyahutnya dengan jeritan sokongan.
Pada malam istimewa itu juga, Misha mengajak pencinta-pencintanya untuk bersama-sama meraikan kerjaya seninya. Dan Seterusnya..
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terima kasih kepada pementasan Misha Omar yang mungkin dianggap sebagai suatu sumbangan kepada kesenian tanah air.
Tetapi cara fikir seorang Islam sepatutnya berfikir ke arah memberi sumbangan kepada diri dan masyarakat untuk kebahagiaan di dunia hingga ke akhirat. Tiap tindak-tanduk di dunia memberi kesan kebahagian di hari akhirat.
Adakah amalan kita di dunia seperti pementasan di atas boleh memberi saham kebajikan kepada kita dan rakan-rakan se masyarakat, di akhirat? Beroleh pahala berterusan sebagai sedekah jariah hingga di akhirat?
Kita, yang disebut orang beriman, mesti yakin dengan kebangkitan dan pembalasan di akhirat. Kembalilah kita kepada kenyataan di luar khayalan, apalagi kalau hanya syok sendiri di dunia ini sahaja! Dunia yang seolah tiada kaitan di akhirat.
Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
2 comments:
Setuju dengan pendapat tuan ibnuhasyim. Sebagai umat Islam, manusia perlu memberi keutamaan kepada ajaran Islam bukan kehendak nafsu serakah.
T.kasih Ibnu Hasyim. Suatu kupasan yang hebat, sesuai dengan motto .sampaikan walau satu ayat'.
Post a Comment