Ramasamy dalang kuasa asing: KDN sila bertindak!
KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan dituntut memberi perhatian serius terhadap tindakan pemimpin politik yang dilihat cenderung terlibat dengan kumpulan yang dilabel pengganas. Tindakan ini boleh mendorong kepada aktiviti keganasan dan mengundang campur tangan asing dalam hal ehwal Negara.
Terbaru, tindakan pemimpin DAP, Dr Ramasamy Palanisamy dalam siaran langsung wawancara eksklusif bersama Editor Republic,Niranjan di stesyen televisyen negara India itu yang secara tegas mahu memberi tekanan kepada Perdana Menteri Malaysia dalam isu Dr Zakir Naik. Malah, memberi bayangan berbaur keganasan bahawa Dr Zakir Naik tidak layak hidup di Malaysia mahupun di mana-mana dunia bertamadun.
Apatah lagi sebelum daripada ini, Dr Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pernah dilaporkan mempunyai hubungan dengan kumpulan pemberontak Pembebasan Harimau Tamil Ealam (LTTE) di Sri Lanka. Bahkan tersebar juga gambar beliau bersama Adun Bagan Dalam, Satees Muniandy menyembah lambang Kalashnikov atau rifle AK-47 yang menjadi ritual kumpulan pemberontak tersebut.
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP ini turut pernah memuat naik di media sosial gambar bersama Setiausaha Agung Marumalarchi Dravida Munnetra Kazhagam (MDMK), Gopalasamy Vaiko. Selain pernah juga dimuat naik gambar Gopalasamy yang terbabit bersama LTTE di mana hadir ke majlis perkahwinan anak Dr Ramasamy di Pulau Pinang pada tahun 2017, sekali gus menunjukkan eratnya hubungan mereka.
Lantaran kebimbangan awam terhadap
kecenderungan terhadap unsur-unsur keganasan dan mempunyai hubungan dengan pihak pengganas, maka banyak laporan Polis dibuat ke atasnya. Oleh itu, PAS mendesak KDN mendedahkan status siasatan yang sudah berusia lebih satu tahun itu. Mengapa tiada tindakan sehingga sekarang? Apakah adanya campur tangan politik? Sedangkan Council of European Union menyenaraikan LTTE sebagai antara pertubuhan pengganas.
kecenderungan terhadap unsur-unsur keganasan dan mempunyai hubungan dengan pihak pengganas, maka banyak laporan Polis dibuat ke atasnya. Oleh itu, PAS mendesak KDN mendedahkan status siasatan yang sudah berusia lebih satu tahun itu. Mengapa tiada tindakan sehingga sekarang? Apakah adanya campur tangan politik? Sedangkan Council of European Union menyenaraikan LTTE sebagai antara pertubuhan pengganas.
Maka, PAS menuntut satu tindakan segera dan tegas terhadap sekian banyak laporan Polis yang telah dibuat agar aktiviti berunsur keganasan ini dapat dihentikan segera daripada merebak dan seterusnya menjejaskan keharmonian negara.
"Islam Memimpin Perpaduan"
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
PAS Pusat - HARAKAHDAILY 26/8/2019
LEBIH 50 orang mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik berhimpun di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar untuk membuat laporan polis terhadap P. Ramasamy di Kangar, Perlis, hari ini. - UTUSAN ONLINE 17 Julai 2018
Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil
Rujuk:
LTTE adalah pertubuhan pengganas hindu yang telah menindas , menyiksa dan membunuh sangat ramai orang buddha dan umat Islam yang tidak bersalah dan memusnahkan harta benda dan ekonomi di Sri Langka.
ReplyDeleteOleh sebab itu, semua pemimpin dan ahli DAPig yang menyokong atau terlibat dalam pertubuhan pengganas hindu LTTE sepatutnya ditangkap dan didakwa di mahkamah dan dipenjarakan dan dihalau keluar dari Tanah Melayu kerana mereka sangat berbahaya kepada keamanan negara ini.
Maka kita tidak terkejut melihat puak rasis ini selalu menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan pendakwah Islam Dr Zaik Naik yang membawa seruan kebenaran dan keamanan kepada manusia.