Tuesday, August 20, 2019

Dr Zakir Naik: Penyanyi Rap Ini Hina Rakyat K'tan



HALAMAN HIBURAN
KUMPULAN Anak Kelantan Prihatin membuat laporan polis terhadap penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice, semalam.
Laporan berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, 4.45 petang.
Jurucakap Kumpulan Anak Kelantan Prihatin, Norlida Daud berkata, laporan polis dibuat kerana penyanyi itu membuat kenyataan menghina rakyat Kelantan yang secara tiba-tiba tahu berbahasa Inggeris.

"Saya melihat rakaman penyiaran video dibuat di Instagram yang mengkritik kehadiran begitu ramai penduduk Kelantan pada program penceramah terkenal, Dr Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV, baru-baru ini.
“Kenyataan yang dibuat menyinggung kami sebagai rakyat Kelantan.
“Pada ruangan komen, penyanyi berkenaan mengeluarkan komen yang menghina dengan mengatakan Kelantan adalah negeri terbanyak mempunyai masalah dadah, pembuangan bayi dan pedophilia (kecenderungan seks kepada kanak-kanak),” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, sebagai pencinta keamanan, persatuan itu amat risau sekiranya tindakan ini akan mengundang suasana tidak baik dan persepsi buruk kepada masyarakat Kelantan.
Pada perkembangan yang lain, Caprice membuat permohonan maaf kepada rakyat Kelantan menerusi Instagramnya hari ini. (MyMetro)

Lihat gambar ini..

1 comment:

  1. Apakah yang kita boleh harapkan dari seorang artis yang berlagak bodoh sombong berganda-ganda dan jahil murakkab tentang agana Islam dan nempunyai hati hitam berkarat dan berlagak lebih mat salleh dari mat salleh sendiri dengan slang bahasa inggeris yang tidak natural?

    Orang kulit putih memandang rendah terhadap orang kulit berwarna seperti artis tersebut yang cuba berlagak seperti orang kulit putih. Apes aping the whites.

    Kebodohan artis tahap lembu tersebut terdedah apabila dia membuat pelbagai dakwaan karut marut tanpa sebarang fakta, statistiks atau bukti.

    Hanya puak kafir harbi dan puak munafik yang menghina program dakwah Islam dan pendakwah Islam.

    ReplyDelete