Apa perkembangan lima kes pemimpin DAP?
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menuntut pihak kerajaan dan pihak polis memperincikan perkembangan siasatan kes yang melibatkan lima orang pemimpin DAP. Banyak pihak telah membuat laporan polis, namun sehingga ke hari ini, semua kes tersebut masih belum diputuskan. Rakyat berhak untuk mengetahui lebih lanjut perkembangan kes berkenaan supaya ia dilihat berjalan dengan telus dan adil.
Lima kes tersebut diringkaskan seperti berikut;
Pertama, kes Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, P. Ramasamy (DAP) yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan pemimpin pengganas Pembebasan Harimau Tamil Ealam (LTTE) dan gambarnya melakukan aktiviti ritual menyembah senapang Kalashnikov (AK-47).
Kedua, kes Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran (DAP) yang menuduh orang Melayu sebagai pendatang dan mahu mengetuk kepala guru-guru sejarah dalam satu program yang dianjurkan di Nilai, Negeri Sembilan.
Ketiga, kes Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy yang telah membuat fitnah dengan mendakwa pihak kerajaan memberi layanan buruk, mendiskriminasi dan menzalimi masyarakat India di Malaysia.
Keempat, kes Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor, V. Ganabatirau (DAP) yang menuduh kumpulan Muslim menyerang Kuil Sri Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya, Selangor.
Kelima, kes Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto (DAP) yang menghina rakyat Kelantan dengan menjadikan kanak-kanak sebagai objek hiburan setelah pihak Kerajaan Negeri Kelantan tidak meluluskan lesen hiburan.
Lima kes yang melibatkan pemimpin DAP ini sangat kritikal kerana ia telah menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia dan boleh mencetuskan ketegangan kaum. Pihak kerajaan dan polis mesti memberi penjelasan tuntas berhubung kes ini.
Sekian, terima kasih.
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)
26 Zulhijjah 1440 | 27 Ogos 2019 - HARAKAHDAILY 27/8/2019
Lihat ini..
Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.
Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim
Bab I: Sebelum pergi..
- Jelajah Colombo, Inilah Yang Saya Cari..
- Bandar Islam Di Colombo..
- Malaysia Termasuk Dalam Tamil Empire?
- Sri Lanka: Orang Melayu Hijrah Keluar Dari Kelompo...
- Gadis Itu Merangkul Lenganku, Mengapa?
- Adam's Peak Sri Lanka, Lambang Kesatuan Manusia
- Khalifah: Anggapan Bahaya Tentang Turunnya Adam..
- Aksi Lacur: Bawah Jejambat Pun Jadi..
- Orang Melayu Membuka Sekolah Islam Di Colombo.
- Sri Lanka: Jumpa Kawan Lama, 22 Tahun Lalu.
No comments:
Post a Comment