Friday, August 09, 2019

PH Lidah Tak Bertulang, Mana Janji Subsidi Petrol Bersasar?

Hasil carian imej untuk Tuan Ibrahim
Mana janji subsidi petrol bersasar?

SUDAH bulan kedua Suku Ketiga 2019, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah gagal melunaskan janji untuk melaksanakan sistem subsidi petrol bersasar kepada golongan berpendapatan rendah B40. 

Janji ini telah termaktub dalam Belanjawan 2019 untuk dilaksanakan pada Suku Kedua 2019, namun sehingga ke hari ini, YB Menteri KPDNHEP masih berdiam diri. 

Setakat ini, YB Menteri masih gagal memberikan gambaran tepat apakah mekanisme terbaik untuk menyalurkan subsidi petrol kepada golongan B40. Berdasarkan kepada maklumat awam, amaun subsidi tersebut mungkin akan terus dimasukkan ke dalam akaun penerima. 

Jika benar, pihak KPDNHEP tidak sukar untuk menentukan sasaran penerima kerana mereka hanya bergantung kepada data yang terdapat dalam senarai Bantuan Sara Hidup (BSH) sahaja. 

Namun begitu, pihak KPDNHEP juga perlu menjelaskan apakah terma kontrak dan output yang telah dihasilkan oleh pihak GHL Transact Sdn Bhd setelah berjaya memenangi tender dari Kementerian Kewangan untuk membangunkan perisian dan perkakasan sistem subsidi petrol bernilai RM25.03 juta pada bulan Mac yang lalu. Adakah pihak KPDNHEP menggunakan sepenuhnya sistem yang dibangunkan oleh syarikat tersebut?  
Saya ingin tekankan sekali lagi agar YB Menteri KPDNHEP segera memuktamadkan mekanisme terbaik sistem subsidi bersasar kepada golongan berpendapatan rendah B40. Mereka sedang dibelenggu dengan tekanan kos sara hidup yang masih tinggi meskipun GST telah dihapuskan oleh PH. 
Sekian, terima kasih. 
     
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS 
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian) 

No comments:

Post a Comment