Friday, August 16, 2019

Sawit: Hukum Luncai PH Yang Terjun Dg Labunya..

Hasil carian imej untuk bunuh pekebun
PH ke arah bunuh pekebun kecil sawit 
oleh Subky Latif.

BAGI meredakan kemarahan umum teifrhadap tindakan kerajaan PH memansuhkan bantuan tanam semula kelapa sawit bagi pekebun kecil sawit, lalu ditawarkan skim pinjaman menanam semula dengan kadar bunga dua peratus.
       
Dipercayai tidak akan meredakan kemarahan itu kerana ia tidak dikira satu keputusan adil sekalipun dalih kerajaan adalah demi kepada semua pekebun sawit termasuk Felda dan Felcra.
       
Pekebun kecil sawit pernah bertuah memiliki kebun itu semasa harga komoditi itu stabil – tinggi. Tetapi harga stabil tidak sentiasa. Banyaknya tidak stabil seperti sekarang apabila Eropah dan Amerika memulaukan inportnya. Pernah mereka melonggarkan importnya, tetapi banyaknya memboikotnya.
      
Dalih mulanya kualitinya tidak sebaik soya, bahkan dikatakan ada nagatifnya. Setelah dibukti tiada kurangnya dari segi khasiat, isu pemulauan pun reda. Larangan itu bukan justeru rendah khasiat dan bernegatif, tetapi pengeluar soya tidak mahu sawit bersaing dengan soya dalam pasaran dunia. Bukan saja mereka mahu memonopoli penggunaan di wilayah pengeluar soya sendiri, bahkan demi menguasai pasaran dunia termasuk di negeri pengeluar sawit.
      
Kini khasit dan kualiti tidak berbangkit tetapi demi sentimen kebenuaan dan saingan pengaruh kuasa timur-barat, warna kulit, meneruskan diskriminasi bangsa/wilayah maju dan tidak maju supaya yang tidak maju terus menjadi hamba kepada yang maju.
      
Malaysia terkesan dengan diskriminasi/perlindungan itu, menjadikan ekonomi sawit lumpuh dan pekebunnya jadi miskin semula. Tanpa bantuan di sana sini dan sedikit sebanyak dari kerajaan terhadap pekebun sawit, mereka bukan sekadar tidak jadi orang senang, akan kekal miskin malah jadi fakir berikutan dengan kenaikan harga semua barang keperluan.
      
Setakat kebun itu terus mengeluarkan hasil, sudah kais pagi makan pagi, dan bila sawit perlu ditanam semula, ditarik pula bantuannya, nescaya menjadikan mereka masyarakat tidak cukup makan. Dan bila diganti dengan pinjaman dan berbunga pula, menjadikan mereka golongan berhutang sampai mati.
       
Bunga walaupun 0.01 peratus tetapi penindasan dan tetap berdosa. Pada ketika umat mahu bebas dari skim tidak patuh syariah, pinjaman bunga dua peratus mengekalkan pekebun sawit dibelenggu dosa bunga.
      
Ia tidak dirasa apa-apa bagi penyokong DAP dan konco sekularnya dalam PH, tetapi masih penindasan orang Islam yang kebanyakan pekebun kecil itu beragama itu.
     
Adakah PH yang mencari rahmatan lil alamin sudah merujuk pakar patuh syariah bunga dua peratus bebas dosa?
     
Mungkin bantuan tanam semula itu bukan satu dasar yang kekal. Bila komoditi itu kekal stabil, negara stabil olehnya dan kehidupan pemilik sawit termasuk pekebun kecil, maka bantuan boleh dikaji semula. Apa yang kerjaan wajar buat itu bagaimana harga sawit distabilkan dulu. Selagi ia tidak stabil, jangan bunuh kebun kecil dan pekebun kecil. 
      
Jika ia membebankan kerajaan, mana kerajaan yang tidak mahu bertanggungjawab atas beban rakyat? Orang yang hendak jadi kerajaan mesti sedia pikul beban.
     
Selagi manusia itu di dunia termasuk yang taqwa tetap ada beban dan menjadi beban. Hanya di syurga baru bebas beban.
     
PH mahu lari dari beban bantuan tanam semula pekebun kecil. Ia menambah lagi beban rakyat setelah banyak janji pilihan raya gagal ditunaikan. Adakah PH kekal potong bantuan itu? Dipercayai ia tidak ditarik balik. Jika sampai PRU15 ia tetap tidak prorakyat, ia menempah jadi pembangkang dalam PRU15.
      
Biarkan PH dengan kebebalannya. 

HARAKAHDAILY 16/8/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: "Biarkan PH dengan kebebalannya." Tulis Subky Latif, penulis tersohor. Lebih kurang ertinya seperti, 'Si Luncai terjun dengan labu-labunya, biarkan, biarkan!'

Biarkan, dengan menghukum Luncai PH dalam PRU 15 akan datang. Ayoh, PH akan jadi pembangkang, siap-siap lah kita..


Hibur Hibur Sikit..


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

No comments:

Post a Comment