Sunday, August 11, 2019

Selamat Hari Raya Korban. -Ibnu Hasym

Selamat Hari Raya Korban.
Hasil carian imej untuk takbir hari raya
Hujan Turun Sejukkan Arafah

Hujan Turun Sejukkan Arafah


1 comment:

Anonymous said...

Saya ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada parti Islam PAS, pejuang-pejuang Islam termasuklah tuan ibnuhasyim dan tuan puan yang dihormati dan dimuliakan semoga Allah mengampuni semua dosa kita dan merahmati dan memberkati kehidupan kita semua di dunia dan akhirat.

Saya selalu menulis pelbagai komen dalam blog ibnuhasyim untuk membela agama Islam, perjuangan Islam, ulama Islam dan pendakwah Islam dan parti Islam PAS dan sekutunya yang sedang difitnah dan diburuk-burukkan oleh musuh Islam dan menentang pelbagai dakyah dan fitnah ciptaan musuh Islam dan ular-ma su' yang menjadi khadam puak kafir harbi dan munafiqun liberal yang sangat memusuhi agama Islam dan umat Islam.

Maka jika saya sebagai manusia yang sangat lemah ini telah melakukan sebarang kesilapan atau kesalahan kepada tuan puan, saya mohon dimaafkan.

Sebagai hamba kepada Allah dan umat Nabi Muhammad S.A.W. , kita perlu berkorban jiwa dan raga untuk menegakkan dan melindungi agama Islam dan perjuangan Islam, melaksanakan Amar Makruf Nahi Munkar dan membela hak umat Islam kerana Allah.

Ingatlah kehidupan dunia yang melalaikan ini hanya sementara sahaja dan sesungguhnya kehidupan akhirat yang kekal abadi. Maka tersangat beruntunglah manusia yang memilih syurga dan teramat rugilah manusia yang memilih neraka sebagai hala tuju mereka.

InsyaAllah Malaysia akan menjadi negara Islam tulen bukan Islam makeup hasil perjuangan umat Islam dengan izin Allah. Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails