Monday, August 26, 2019

Teknologi Digital Nafas Baru Dakwah Kontemporari.




ISKANDAR PUTERI: Seni berdakwah era kini telah beralih kepada nafas baharu yakni besar dan meluasnya penggunaan digital yang sekali gus menuntut para pendakwah melakukan transformasi penyampaian.
Ketua Jabatan IT Muslimat PAS Negeri Johor, Nor Hidayah Mohamad menjelaskan, iaitu dengan menggunakan pendekatan kontemporari yang lebih interaktif dan menarik dalam menangani isu-isu dakwah masa kini.
Hal tersebut menurutnya, seiring dengan perkembangan teknologi yang mencetus, selain tidak boleh lagi hanya bergantung kepada gerakan institusi sahaja berdakwah, tetapi pentingnya peranan dan sebaran informatif kreatif.
Perkara tersebut diberi penekanan olehnya ketika program Bengkel Asas Reka Bentuk Grafik yang telah diadakan di Dewan Teknovasi, Pusat Industri UTM Taman Teknovasi, Skudai, di sini kelmarin.
Nor Hidayah berkata, pihaknya memilih reka bentuk grafik yang menggunakan perisian Adobe Photoshop sebagai modul bengkel meskipun terdapat aplikasi mudah seperti Canva, Light Room, Adobe Spark Post, Designer, Posteroid dan sebagainya.
Jelasnya, penggunaan Adobe Photoshop menjanjikan kualiti yang jauh lebih baik dengan resolusi tinggi dan sesuai untuk cetakan di mana ia menjadikan penghasilan grafik lebih mesra untuk segala penggunaan.
Sementara itu, Pengarah Bengkel, Azwina Aza berkata, saluran digital seperti ini amat perlu dalam penyampaian dakwah masa kini kerana paparan visual mampu merangsang otak manusia untuk memproses info dengan lebih pantas.
Oleh itu terangnya, visual adalah senjata berkesan dalam strategi dakwah meliputi kombinasi gambar, lambang, simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan dan lakaran yang disatukan dalam menterjemah konsep atau sesuatu idea.
Hadir sama adalah Ahli Jawatankuasa Jabatan IT Muslimat PAS Johor, Nur Irdina Abdullah selaku penceramah jemputan dan wakil Muslimat PAS Johor. - HARAKAHDAILY 26/8/2019

Lihat gambar ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails