GoJek: Gejala sosial, realiti Malaysia dan wang
KL: Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta pihak kerajaan membuat penelitian terlebih dahulu dalam aspek pematuhan syariat terhadap keputusan untuk memperkenalkan GoJek di Malaysia.
Menurut Timbalan Ketuanya, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, pelaksanaan GoJek yang ada sekarang tidak mematuhi syariat kerana tiada pengasingan antara penunggang dan pembonceng lelaki dan perempuan.
"Sekiranya ia dilaksanakan, ia boleh membuka ruang kepada pelanggaran syariat kerana berbeza dengan teksi dan Grabcar yang menggunakan kereta berbanding GoJek menggunakan motor.
"Adalah sangat berbahaya bagi seorang pembonceng wanita menaiki motosikal dengan penunggang lelaki. Kehormatan wanita juga tidak akan terjaga dan akan membuka ruang kepada perkara yang tidak diingini seperti ragut, gangguan seksual dan jenayah-jenayah lain yang kerap berlaku pada hari ini.
Malahan, membonceng motorsikal sesama lelaki dan wanita bukanmahram boleh menimbulkan fitnah dan menyebabkan berlakunya percampuran yang boleh menyumbang kepada gejala sosial kian tenat dalam kalangan anak muda.
Jelas beliau, kerajaan perlu memahami konsep budaya yang berbeza di antara Indonesia dan Malaysia kerana suasana di Indonesia terlampau sibuk dan sesak di mana motosikal atau GoJek adalah satu-satunya kenderaan boleh digunakan untuk mempercepatkan masa.
Berbeza katanya, dengan Malaysia yang kesesakannya berlaku ditempat dan pada waktu tertentu sahaja.
Kata beliau, pihaknya bimbang pelaksanaan GoJek akan menyebabkan berlakunya kesesakan di jalan utama dan pastinya akan meningkatkan kadar kemalangan jalan raya melibatkan motosikal.
"Kerajaan seharusnya menawarkan peluang pekerjaan kepada anak muda yang sesuai dengan syariat dan budaya setempat.
"Sebagai contoh, kerajaan memberikan inisiatif dan bantuan kepada IKS (Industri Kecil dan Sederhana) untuk mengembangkan perusahaan sekaligus menambah bilangan pekerja, atau membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk anak muda memulakan perniagaan sendiri," katanya.
Tambahnya, GoJek bukanlah penyelesaian bagi anak muda menjana pendapatan, malahan, ia sebenarnya lebih kepada membuka peluang kepada syarikat asing mengaut keuntungan melalui komisen daripada pemandu Gojek.
Meskipun begitu, pihaknya menyokong segala usaha kerajaan untuk menjana pendapatan dan meningkatkan produktiviti anak muda di Malaysia, namun usaha tersebut haruslah menepati syariat dan tidak membawa kepada kemaksiatan yang boleh merosakkan masa depan anak muda. - HARAKAHDAILY 29/8/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: OK, telitilah! Bukan muhrim jantan betina boleh peluk-peluk terang-terang atas motosikal. Dan memang kena peluk pun. Di beberapa negara jiran sudah ada gojek perempuan. Ikutlah nasihat mufti, supaya menepati syariat..
Bab I: Sebelum pergi..
Komen Weblog Ibnu Hasyim: OK, telitilah! Bukan muhrim jantan betina boleh peluk-peluk terang-terang atas motosikal. Dan memang kena peluk pun. Di beberapa negara jiran sudah ada gojek perempuan. Ikutlah nasihat mufti, supaya menepati syariat..
Lihat ini..
Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.
Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim
Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..
- Jelajah Colombo, Inilah Yang Saya Cari..
- Bandar Islam Di Colombo..
- Malaysia Termasuk Dalam Tamil Empire?
- Sri Lanka: Orang Melayu Hijrah Keluar Dari Kelompo...
- Gadis Itu Merangkul Lenganku, Mengapa?
- Adam's Peak Sri Lanka, Lambang Kesatuan Manusia
- Khalifah: Anggapan Bahaya Tentang Turunnya Adam..
- Aksi Lacur: Bawah Jejambat Pun Jadi..
- Orang Melayu Membuka Sekolah Islam Di Colombo.
- Sri Lanka: Jumpa Kawan Lama, 22 Tahun Lalu.
Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..
3 comments:
Berhati-hati kerana terdapat skim palsu yang telah menipu orang ramai seperti iklan di atas.
Ustaz, apa masalahnya, buatle undang2 wanita kena naik gojek wanita
Masalahnya kerajaan ph move backwards. Makin jahil, tiada masa depan dan copy paste kerajaan bn.
Post a Comment