BALIK PULAU: Istiqamah dan kecekalan warga nelayan merupakan kekuatan paling ampuh untuk bersolidariti bersama penduduk, NGO dan semua pihak yang berjuang menolak projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR).
Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, para nelayan adalah tonggak penting untuk menafikan pelaksanaan PSR dari diteruskan, kerana kesannya mendatangkan lebih banyak mudarat kepada sumber perikanan yang menjadi mata pencarian nelayan.
Beliau menyuarakan perkara itu ketika turun meninjau menaiki bot ke lokasi pulau tambakan bakal dilaksanakan itu di sekitar perairan Teluk Kumbar dan Permatang Damar Laut bersama Ahli Jawatankuasa LATAS dan PAS Negeri Pulau Pinang.
Terangnya, pelbagai kerosakan dan musibah bakal melanda ekoran dari projek itu bukan sahaja kepada alam sekitar dan demografi, serta pelbagai khazanah laut termasuk sosio-budaya penduduk, tetapi juga kepada aspek hasil laut dan sumbernya.
Jelas Dr Azman, perairan negara ini pada tahun 1970-an merupakan kawasan hijau yakni mempunyai sumber perikanan yang sangat banyak, namun menurun kepada warna kuning, tetapi kini telah mencapai aras petunjuk merah; dengan makna ancaman kekurangan hasil berada pada tahap bahaya.
Sebab itu tambahnya, untuk menggalak dan mengamit semula kedatangan serta pembiakan ikan, usaha melepaskan tukun dan unjam giat dijalankan terutama di Terengganu di mana ia berjaya menunjukkan pertambahan sumber ikan serta peningkatan hasil pendapatan nelayan.
Namun kesalinya, dalam konteks di Pulau Pinang, projek yang akan dilaksanakan itu bakal memusnahkan sama sekali kawasan yang dianggap kebanyakan nelayan di Utara sebagai lubuk emas pembiakan ikan dan udang, sekali gus menyebabkan nelayan akan hilang sumber pendapatan.
Antara yang turut serta pada tinjauan tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff dan Pengerusi LATAS Pulau Pinang, Saiful Lizan Mohd Yusof serta ramai lagi. -HARAKAHDAILY 16/8/2019
Lihat lagi..
- Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)
- Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)
- Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)
- Dari Ambil Alih Kedai Gunting Bapa, Kini Jadi Juta...(4)
No comments:
Post a Comment