Majlis Penasihat Yang DiTubuhkan Bermacam-Macam Tapi Ekonomi Makin Jahanam!!!
Tak tahulah, sama ada rakyat Malaysia masih ingat lagi ker tak, masa Pakatan Harapan mula-mula tubuhkan kerajaan, Dr. Mahathir umumkan penubuhan Majlis Penasihat Kerajaan negara...
Dengan bangganya Dr. Mahathir umumkan, tujuan Majlis Penasihat Kerajaan ditubuhkan adalah untuk membantu kerajaan Pakatan pulihkan ekonomi negara yang kononnya dah jahanam di tangan kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu (BACA DI SINI)...
Tak cukup dengan tu, awal tahun 2019, Dr. Mahathir tubuhkan pula Majlis Tindakan Ekonomi yang kononnya dapat memacu ekonomi negara yang makin tenat (BACA DI SINI)...
Tapi hasilnya, cuba kita tenguk :
Pakar ekonomi Malaysia yang telah melaporkan dan merangka rancangan pemulihan ekonomi..
.
Status prestasi ekonomi dan kewangan ketika ini :
》Saham jatuh 50 mata ke 1,610 berbanding 1,900 mata sebelum PRU14...
》Ringgit jatuh kepada RM4.20 berbanding USD...
》Ringgit juga terus jatuh ke paras paling rendah dalam sejarah berbanding Baht Thailand...
》6 bulan berturut-turut eksport negara jatuh 3.1% (Jun 2019) iaitu jauh di bawah jangkaan...
Indeks Pengurus Pembuatan jatuh lagi ke 47.6 point di bawah paras 50 mata bagi 10 bulan berturut-turut...
》Ekonomi suku ke-3 tahun 2019 dijangka merosot lagi..
》RM5.01 bilion dana asing telah ditarik keluar dari pasaran saham Malaysia sejak permulaan tahun 2019...
Ini merupakan sambungan trend dari tahun 2018 lepas, di mana dana asing sebanyak RM11.65 billion telah dikeluarkan oleh pelabur asing selepas PH menang PRU14...
》Jumlah hutang negara meningkat kepada lebih RM800 bilion dari RM686 bilion mencapai sasaran 1 trilion hutang menjelang 2020...
Antara Laporan Strategi Pemulihan Dari Pakar Ekonomi
》Jual syarikat gula terbesar negara MSM (Gula Prai) milik FGV...
》Jual hartanah khazanah di Singapura dengan harga RM4.74 bilion...
》BNM memberi kebenaran untuk jual RHB insurance kepada Jepun...
》Bantuan tanam semula peneroka Felda dimansuhkan untuk menjimatkan kos...
》Lynas diberi kelulusan untuk meneruskan operasi mereka setelah membayar RM175 juta kepada kerajaan PH...
》Cari hutang baru untuk selamat hutang lama...
Kesimpulannya tengok satu persatu muka dalam mesyuarat pakar ekonomi...
Hebat betul mereka uruskan ekonomi dan kewangan negara...
Dan sasaran 1 trilion hutang negara akan tercapai menjelang 2020...
Satu yang admin pelik, Majlis Penasihat Kerajaan yang kononnya dapat memulihkan ekonomi dah terang-terang jahanamkan ekonomi Malaysia...
Tapi Mahathir tetap lantik muka-muka yang sama dan ditambah dengan nama Nenek AP Malaysia, Nenek Pidah dan ditambah dengan Heroin Semburit dan dipengerusikan oleh Dr. Mahathir sendiri sebagai Majlis Tindakan Ekonomi pulak...
Dah tentulah makin jahanam ekonomi Malaysia!!!
Itu yang rakyat Malaysia nak, hadaplah!!!
Sumber :
FB Mohd Fadzil
Peluang Kerja Di Australia, Dibuka..
No comments:
Post a Comment