Saturday, September 14, 2019

24 Jam, Karnival Pantai T'ganu, Kemeriahan Tersendiri..

Karnival Pantai Terengganu beroperasi 24 jam hingga lewat malam Sabtu
Orang ramai tidak melepaskan peluang pada hari minggu untuk berkunjung ke Karnival Pantai 2019 di Pantai Batu Burok pada hujung minggu. - Bernama  

KUALA TERENGGANU: Karnival Pantai Terengganu 2019, yang berlangsung 24 jam bermula tengah malam Jumaat sehingga tengah malam (Sabtu), bakal memberikan pengalaman kemeriahan tersendiri kepada pengunjung.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Ariffin Deraman berkata penganjuran berterusan 24 jam itu dilakukan, bagi memberi peluang kepada mereka yang terlibat dalam Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud untuk turut sama merasai kemeriahan karnival, yang bermula pada Khamis hingga 16 September.

"Dianggarkan lebih 20,000 peserta akan menyertai larian yang bermula tengah malam Jumaat, bagi kategori 42 kilometer (km) manakaka kategori 21 km pada pukul 1 pagi dan kategori lain bermula seawal 7 pagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pantai 2019 di Pantai Batu Buruk, di sini pada Jumaat.


Karnival itu berjalan seperti biasa iaitu bermula 9 pagi sehingga tengah malam pada Ahad.

Ariffin berkata dianggarkan lebih 30,000 orang berkunjung ke Pantai Batu Buruk, bagi melihat keunikan negeri di Terengganu.

Katanya karnival kali ini bukan sahaja memaparkan mengenai seni dan budaya, tetapi juga pertunjukkan memasak makanan tradisi serta penjualan pelbagai kuih-muih, yang jarang-jarang dilihat masyarakat luar.

"Saya yakin dengan kesungguhan semua pihak melakukan promosi, sasaran seramai 100,000 pengunjung, akan dapat dicapai apabila berakhir karnival ini," katanya.

Ariffin turut meminta orang ramai menjaga kebersihan dan mematuhi arahan yang menetapkan Pantai Batu Buruk sebagai kawasan larangan merokok.
-- BERNAMA


Siri 1: Tinjau-tinjau Saudi (1). 15 Perkara Mengenai Wanit... 
Siri 2: Ini, Wanita Saudi Sedang Jogging!(2) Di Balik Abaya H...

Siri 3: Orang Arab Kasar (3). Cash Cek Di Bank Dia Ikat Ge...

Lihat sebelum ini..

No comments:

Post a Comment