Thursday, September 26, 2019

Allahyarham Mohd Adib, Doa Rakyat Dizalimi.. “Sama-sama kita berdoa supaya.. "


“Sama-sama kita berdoa supaya apa keputusan yang dikeluarkan nanti diadili dengan sebaik-baiknya..”

Reda apa jua keputusan


"APAPUN keputusan, saya dan keluarga perlu reda namun harapan kami pastinya ingin melihat keadilan,” kata bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64.
Mohd Kassim berkata, dia dan keluarga amat berharap keputusan itu memihak kepada mereka selepas apa yang berlaku terhadap anaknya.
Bagaimanapun katanya, sebagai orang Islam, dia juga harus reda menerima sebarang keputusan kelak.
“Kalau diikutkan memang kena reda dengan sebarang keputusan. Namun jauh di sudut hati, saya memang tidak berpuas hati.
“Sama-sama kita berdoa supaya apa keputusan yang dikeluarkan nanti diadili dengan sebaik-baiknya,” katanya.
Ditanya langkah diambil sekiranya keputusan itu tidak memihak kepada anaknya itu, Mohd Kassim berkata, dia belum lagi berfikir mengenai perkara itu dan hanya berharap perkara yang baik.
Mohd Kassim melalui satu klip video sebelum ini juga berharap supaya tiada campur tangan mana-mana pihak dalam keputusan itu.
“Saya menyeru orang ramai turut sama-sama berdoa supaya keputusan inkues ini nanti dapat memberikan keadilan dengan seadilnya tanpa ada sebarang gangguan dan campur tangan mana-mana pihak,” katanya.
Hasil carian imej untuk Muhammad-Adib

RUSUHAN yang berlaku di tapak kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya tahun lalu.





1 comment:

Ustaz Amirul said...

semoga roh allahyarham dicucuri rahmat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails