Tuesday, September 24, 2019

Anugerah Bintang Popular. Hanya Geng Jahiliah Agungkan Penyairnya..


HALAMAN HIBURAN
'Bakat seiring anugerah' 
Begini, penghormatan artis-artis atau penyair-penyair zaman ini di negara umat Islam Malaysia.

ADA artis berpendapat kemenangan di majlis anugerah membabitkan undian peminat seperti Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) tidak seharusnya dipertikaikan.
Sebaiknya hargai saja anugerah dimenangi dan menganggap ia pemberian daripada peminat dalam mengangkat kerjaya artis yang mereka sayangi.
Bagaimanapun, berbeza dengan pemenang Bintang Paling Popular, ABPBH ke 32, Mira Filzah, 26, yang mahu kejayaan diraih biarlah diperoleh atas nama karya atau hasil kerja diingati umum.
Ditemui di malam kemuncak ABPBH 32 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebaik menerima anugerah dimenangi malam kelmarin, Mira berkata, jika boleh dia tidak mahu kemenangannya menjadi persoalan atau pertikaian umum.
 PUTRAJAYA 22 SEPTEMBER 2019. Mira Filzah memenangi Kategori Anugerah Bintang Paling Popular pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. NSTP/

“Sebenarnya saya rasa kurang senang jika ada yang bertanya kenapa saya menang dan atas sebab apa saya menang. Pada saya kalau boleh biar kemenangan ini berbaloi dan setaraf dengan kerja.
“Contohnya apabila saya memenangi anugerah ini, orang akan kata saya berhak kerana hasil kerja dan ia diingati ramai,” katanya.
Kemenangan itu melayakkan Mira membawa pulang hadiah utama, kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid bernilai RM160,000 sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) berserta trofi.
Hadiah disampaikan pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 1990, Aishah.
Sebelum diumumkan sebagai pemenang Bintang Paling Popular, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman memenangi dua kategori utama iaitu Pelakon Filem Wanita Popular dan Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa.
Undian diterima Mira sebanyak 6,320,463 undi mengatasi jumlah undian diterima penyanyi popular Siti Nordiana yang juga pesaing terdekat pelakon filem Sangkar itu.
Siti Nordiana juga memenangi dua anugerah utama iaitu Penyanyi Wanita Popular DuitNow dan Pengacara TV Popular.
 PUTRAJAYA 22 SEPTEMBER 2019. Pemenang Kategori Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, Mira Filzah (dua kanan) dan Pemenang Kategori Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa, Syafiq Kyle (dua kiri) bergambar bersama Penaja Utama ABPBH 32, Datuk Abdul Al Halim Mohd Fadzil (tengah), Pengacara, Ac Mizal (kiri) dan Elly Mazlien (kanan) pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. NSTP/ROSELA ISMAIL
Mira berkata, dia yakin kemenangannya itu berkait rapat dengan kejayaan filem Sangkar yang mencatat kutipan lebih RM10 juta dan drama bersiri Sweet Dreams dibintanginya menjadi ‘trending’ sehingga membuatkan pihak produksi menambah episod atas permintaan ramai.
“Kebetulan pencapaian itu berlaku dalam musim peminat sedang membuat undian untuk ABPBH 32 ini,” katanya.
Bagaimanapun, Mira tetap menghargai kelab peminatnya yang bersusah payah mengadakan kempen sehingga membolehkan dirinya menang besar.
“Sudah tentu saya mendedikasikan kemenangan ini kepada semua peminat yang bersusah payah berkorban masa dan wang ringgit semata-mata mahu melihat saya meraih kejayaan ini. Kemenangan ini untuk mereka juga,” katanya yang turut memenangi Kategori Online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular bersama Remy menerusi Pujaan Hati Kanda.
Sepanjang kempen mengundi ini berjalan, pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Eksperimen Cinta dan Cinta Si Wedding Planner ini turut bersama-sama peminatnya sebagai tanda sokongan.
“Saya melihat bagaimana mereka berusaha dan bersusah payah sehingga jam 2 pagi semata-mata untuk melihat saya meraih kemenangan besar ini. Saya sangat tersentuh dan terharu dengan usaha mereka,” katanya.
 PUTRAJAYA 22 SEPTEMBER 2019. Anugerah Bintang Paling Popular, Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa dan Pelakon Filem Wanita Popular, Mira Filzah pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN

JANJI TAK ‘demand’
Ditanya adakah kemenangan itu sebagai penanda aras untuk Mira meletak harga lebih tinggi selepas ini, Mira menjelaskan perkara itu tidak akan berlaku.
“Saya tak boleh sewenang-wenangnya meletak harga tinggi atau bersikap
‘demanding’ selepas ini. Soal bayaran ia perlu dinilai daripada hasil kerja.
“Apabila memenangi anugerah ini, apa yang perlu naikkan adalah kualiti hasil kerja dan rasa tanggungjawab untuk memberikan yang terbaik buat peminat yang banyak menyokong saya selama empat tahun menjadi pelakon dan pengacara,” katanya.
Menyentuh mengenai kemenangan besar itu boleh dianggap badi dan menimbulkan rasa takut kepada penerbit atau pengarah untuk menawarkannya watak kerana bimbang Mira meletak harga tinggi, pelakon jelita itu menyangkal pandangan sedemikian.
“Saya tidak percaya kepada pandangan sedemikian. Saya percaya perjalanan rezeki sudah ditentukan Allah. Saya juga percaya selagi saya berusaha memberikan hasil kerja yang baik dan memuaskan pasti akan ada tawaran untuk saya dan secara tidak langsung mewujudkan kelangsungan," katanya. (Demikian diangkat dari MyMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini pengajaran yang boleh kita sama-sama ambil, terutamanya kepada artis, penyanyi, pelakon atau penghibur masakini..

F
ahamilah Surah Asy-Syu'araa' (سورة الشعراء)


Surah ini adalah surah ke 26 dari Al-Quran. Surah terdiri dari 227 ayat termasuk golongan surah-surah Makkiyah. Diinamakan Asy Syu'araa (kata jamak dari Asy Syaa'ir yang berarti penyair) diambil dari kata Asy Syuaraa' yang terdapat pada ayat 224, iaitu pada bahagian terakhir surah ini. 

Allah SWT secara khusus menyebutkan kedudukan para penyair Arab di zaman jahiliyah. Penyair-penyair itu mempunyai sifat-sifat yang jauh berbeza dengan para rasul-rasul. Mereka diikuti oleh orang-orang yang sesat dan mereka suka memutar belitkan lidah. Mereka tidak mempunyai pendirian, perbuatan mereka tidak sesuai dengan apa yang mereka ucapkan. 

Sifat-sifat yang demikian tidaklah sekali-kali terdapat pada rasul-rasul. Oleh sebab demikian, tidak patut Nabi Muhammad SAW. dituduh sebagai penyair dan Al Quran dituduh sebagai syair, kerana Al Quran adalah wahyu Allah dan bukan buatan manusia.

Rumusan: Hanya geng jahiliah atau pemimpin-pemimpinnya yang suka mengagung-agung artis atau penyair jahiliahnya.

Wallahu 'aklam.


Lihat Sebelum Ini..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails