Tuesday, September 03, 2019

Artis Ini Pula Ditahan Polis Kerana...


HALAMAN HIBURAN


PADAH mencederakan pekerja stesen minyak dan menghalang polis daripada menjalankan tugas, penyanyi dan komposer, Zynakal menerima pembalasan apabila dia didenda RM2,800 Mahkamah Majistret Ampang.
Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Zynakal, 21, atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, selepas tertuduh mengaku salah ke atas kedua-dua pertuduhan itu.
Bagi kesalahan mendatangkan kecederaan, Zynakal didenda RM800 dan bagi pertuduhan menghalang penjawat awam, dia didenda RM2,000.

Tertuduh berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, Zynakal didakwa mendatangkan kecederaan terhadap pekerja stesen minyak yang juga seorang warga Bangladesh, Ahmad Mostakdi stesen minyak di Pandan Prima, Ampang, 3 petang, pada 28 Ogos lalu.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.
Tertuduh turut didakwa dengan sengaja menghalang anggota polis dengan tidak menunjukkan kad pengenalannya bagi tujuan pemeriksaan di tempat sama, 3.30 petang, pada 28 Ogos lalu.
Bagi pertuduhan itu, Zynakal didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman denda yang rendah, dengan alasan tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bekerja sebagai penulis lirik dan komposer.
Timbalan Pendakwa Raya, S Sangitaa bagaimanapun memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh. (IH)

Iklan:
Rakyat miskin, ini peluang kerja di Australia..
Kerja Di Australia, Dibuka..

Kerja Di Australia, Dibuka..

1 comment:

Anonymous said...

Muka pun dah macam muka gangster..
Ptuiii..!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails