PASIR SALAK: Walaupun PAS hanya memiliki tiga kerusi Dun, namun jika perancangan bersama Umno disusun secara baik dan teratur, akan membuka peluang mengambil alih teraju Kerajaan Negeri Perak dari PH.
Keyakinan tersebut diungkap Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan ketika menyampaikan pidato pada Himpunan Melayu Bangkit, Islam Memimpin 2.0 di Pekan Rabu Sungai Manik, di sini malam kelmarin dahulu.
"Dua minggu lagi kita akan menandatangani satu piagam percantuman antara dua parti politik Melayu terbesar bukan sahaja di Malaysia, bahkan dunia untuk satu muafakat peringkat Nasional," ujarnya optimis terhadap hubungan itu.
Nada semangat sama terdahulu disuarakan Yang DiPertua PAS Kawasan Pasir Salak, Ustaz Mustafa Shaari yang menyifatkan himpunan itu telah membawa satu momentum penyatuan bangsa Melayu di atas nama Islam untuk tujuan dunia hingga akhirat.
Himpunan bersejarah dilimpahi kehadiran ribuan penduduk ini turut membariskan pimpinan tertinggi Umno iaitu Presiden, Dato' Ahmad Zahid Hamidi dan mantan Presiden, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak serta Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato' Tajuddin Abdul Rahman.
Majlis juga diserikan dengan persembahan dikir oleh kumpulan Dendang Anak, selain kuliah Maghrib oleh penceramah jemputan, Ustaz Ahmad Husam Sheikh Dato' Baderuddin, termasuk perarakan anggota PAS dan Umno.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria pula dalam ucapannya mengingatkan umat terhadap pengajaran di Kashmir, sekali gus mengajak supaya negara ini 'dimerdekakan' dari bangsa DAP. -HARAKAHDAILY 2/9/2019
Lihat..
E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka
Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..Bab I: Sebelum pergi..
- Jelajah Colombo, Inilah Yang Saya Cari..
- Bandar Islam Di Colombo..
- Malaysia Termasuk Dalam Tamil Empire?
- Sri Lanka: Orang Melayu Hijrah Keluar Dari Kelompo...
- Gadis Itu Merangkul Lenganku, Mengapa?
- Adam's Peak Sri Lanka, Lambang Kesatuan Manusia
- Khalifah: Anggapan Bahaya Tentang Turunnya Adam..
- Aksi Lacur: Bawah Jejambat Pun Jadi..
- Orang Melayu Membuka Sekolah Islam Di Colombo.
- Sri Lanka: Jumpa Kawan Lama, 22 Tahun Lalu.
6 comments:
Selagi Ali Baba dan 40 penyamun belum kena hukum, jangan beranganlah beb....
Yg kunyit pun dah terbukti video nya. Layak ke jadi pemimpin untuk membetulkan negara. Jangan diharapkan pada bijak berkata ttp minat berkunyit.
Jangan bimbang. Jika sudah ke penjara pun, orang lain sudah bersedia. Bekas banduan tiada dalam kitab pas dan umno.
Ali baba dan 40 penyamun sedang menambah hutang negara dan menjual aset negara di waktu ekonomi negara, pelaburan asing dan nilai ringgit merundum dan beban rakyat bertambah berat.
Malangnya ali baba dan 40 penyamun sibuk kencing rakyat dengan menyalahkan kerajaan terdahulu untuk menutup kelemahan ali baba dan 40 penyamun sendiri.
Takbirr!
Bersatulah umat Islam menyokong kerjasama PAS-UMNO untuk melindungi agama Islam dan hak umat Islam yang sedang diancam oleh puak kafir harbi dan puak munafik liberal.
Post a Comment