Ujar pemilik nama sebenar, Ummu Syaikhah Stacy Anam, 29, apa yang berlaku tidak disengajakan.
“Kain seluarnya tebal dan longgar dan warnanya pula kuning tapi tidak sangka pula apabila melakukan persembahan atas pentas dengan pencahayaan, pergerakan dan macam-macam benda, jadi lain,” tulisnya di Instagram.
Kata Stacy, dia berharap komen daripada netizen usah terlalu melampau.
“Saya ada suami dan keluarga tapi itulah nasib menjadi manusia bekerja dalam bidang begini memang risiko.
“Silap sahaja terus dilabel wanita akhir zaman,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Stacy berkata, kadang-kadang dia berasa ingin berhenti menjadi penghibur disebabkan hal seperti ini.
“Kadang-kadang rasa ingin berhenti dalam bidang ini tapi belum ada rezeki dan masa yang sesuai.
“Saya nasihatkan jangan tengoklah benda yang menyakitkan mata ini sebab memang tidak elok. Saya minta maaf kalau buat anda semua tergerak untuk memfitnah dan fikir macam-macam,” ujarnya.
Stacy mendendangkan single terbaharunya berjudul Khayal pada Ahad. Dia menyarung body suit berwarna nude berenda hitam dan dihiasi motif floral.
Busana tersebut mendapat kecaman ramai apabila dikritik terlampau seksi seakan berbogel atas pentas. - K! ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasym: Hiburan begini yang PH dan DAP mahu. Hiburan dan negara tidak ikut syariat Islam. Undilah PH menuju negara non Muslim..


Hasil carian imej untuk helikopter pas
Hasil carian imej untuk helikopter pas
Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

Lihat Sebelum Ini..