Sunday, September 15, 2019

Cina Di Mana &Bagaimana, Bila Berlaku Muafakat Nasional Melayu/Islam?



Apa Cina dapat dari Muafakat Nasional?


PADA PRU14 dahulu, majoriti kaum Cina dengan nekad, telah mencurahkan undi mereka kepada PH, tanpa ragu. Dikatakan PH mendapat 95 peratus undi Cina. 

Ketika itu, dengan keyakinan tinggi, mereka mempercayai bahawa PH akan mendapat majoriti dua pertiga dengan Anwar, sebaik dibebaskan, akan segera ditabalkan menjadi PM. Melihat kepada keadaan terlemah BN, semua impian itu, seperti benar-benar akan berlaku. 

Maka mereka semakin giat berkempen, bagi mencapai sasaran itu. Malah majoriti di antara mereka sanggup memungkiri janji dan menikam belakang sama ada BN (baca MCA) mahupun PAS.


Namun, di sebalik keyakinan dan kerja keras, ada suatu lagi kuasa penentu kepada segala perancangan manusia yang mereka lupa, iaitu kuasa Allah. Allah tidak mengkehendaki rancangan itu terjadi. Undi Melayu yang datang kepada PH, tidak sebanyak yang diharapkan kerana DAP ada bersama PH, menjadi penyebab kepada PH hanya menang majoriti tidak sampai dua pertiga. 



Maka banyak akta-akta yang mahu mereka ‘kerjakan’ tidak dapat dilaksanakan kerana terpaksa mengharapkan undi ihsan BN dan PAS, jika mahu diubah. Maka kaum Cina, yang paling mahukan PH menang dua pertiga, menjadi tidak keruan. Mereka sedang melihat dengan cemas, harapan kedua mereka, mungkin juga tidak kesampaian apabila tali Perdana Menteri yang dipegang oleh Tun, dilihat ditarik dan dihulur, mengikut kekuatan Tun. 



Anwar yang memegang di sebelah sana, terpaksa mengikut apa gerakan Tun, yang mahu beliau lakukan. Anwar tidak mampu berbuat apa-apa kerana kuasa, jelas berada dalam genggaman Tun, kendatipun telah beberapa kali mengazankan bahawa beliau adalah PM ke-8, bukan bakal lagi. DAP pula, secara terang-terangan melancarkan kempen bertujuan menekan Tun, dengan memberikan tarikh khas Tun turun dan Anwar naik.



Tidak habis dengan debaran permainan politik Tun, maka timbul pula pengumuman agenda penyatuan oleh kedua parti Melayu terbesar tanah air, PAS dan Umno yang piagamnya ditandatangani pada 14 September 2019 di PWTC. Maka semua muncung senjata PH dari ketumbukan tentera PH, segera dihalakan serangan mereka ke PWTC dengan ‘prebet lapuk’ dari skuad infantri PH iaitu PAN, parti terlemah dan sentiasa menjadi barisan depan, sanggup dijadikan umpan untuk mati dahulu. 

Maka gegak gempitalah serangan gila ke atas agenda penyatuan ini. Langsung mereka tidak dikisahkan masalah negara yang lebih utama dan serius. Begitulah sikap sebenar kaum Cina, yang amat mengharapkan ‘ong’ dari kemenangan PH, namun masih berdebar-debar takut PH gagal melaksanakan perancangan mereka. Kaum Cina yang berpaling tadah dahulu tahu, jika sekiranya kerajaan PH pada kali pertama ini gagal, dan muafakat PAS-Umno ini berjaya, ia bakal menguburkan impian mereka. 

Harapan mereka akan dihancurkan, mungkin sebagai balasan kepada kejahatan mereka itu. Entah berapa puluh tahun lagi pula mereka akan sampai ke tahap ini, sama seperti 13 Mei 1969 dahulu. Ini kerana, sebahagian besar mereka telah membuka topeng, menampakkan wajah sebenar mereka. Penyatuan ummah ini sebenarnya lebih ditakuti, berbanding dengan pergeseran Anwar dengan Tun kerana jika penyatuan ini berhasil, tiada jaminan yang Tun akan kekal di kem PH. 

Tidak perlu bagi Tun menyeberang sungai politik bagi bersama PAS dan Umno, cukuplah dengan beliau menghuru-harakan PH dari dalam. Saya tidak pasti apakah kuasa dalam perlembagaan untuk seorang PM boleh membubarkan Parlimen secara berseorangan dengan persetujuan Agong. Tetapi jika PRU15 berlaku sekarang, maka amat dipercayai, sebahagian besar 25 peratus undi Melayu yang dimiliki PH dahulu, akan bertukar tangan.

Apabila ini terjadi, walaupun seluruh undi kaum Cina bergabung dengan kaum India dicampur dengan Melayu tertipu yang setia dengan PH, jumlah itu masih gagal menimbus jumlah majoriti undi Melayu kepada PAS dan Umno.

Ini mesti dihalang dengan apa jua caranya. Tohmahan segera dibuat, antaranya ialah kenyataan separuh masak oleh Timbalan YDP Yadim, Zolkharnain Abidin bahawa penyatuan ini terpaksa membuang perkataan ummah kerana katanya, “difahamkan” MCA dan MIC juga mahu turut serta. 

Sedangkan tidak pernah diisytiharkan lagi nama piagam itu, hanya disebut tajuk himpunan sahaja dan piagam itu jelas ditandatangani antara PAS dan Umno. Dia cuba membodohkan orang Melayu Islam. Abang Mat Sabu keluar dari persembunyiannya dengan ‘memberi restu’ kepada penyatuan ini. Entah bila orang meminta restu dia, entah siapa gerangan dia mahu merestui ikatan orang, tak siapa yang tahu. 

Awal sebelum itu, Salahuddin Ayub mengorek kembali pekung dan kudis lama tinggalan musuh PAS dahulu dengan mengapungkan kembali isu Amanat Haji Hadi. Khalid Samad juga tidak mahu ketinggalan dengan lawak salah kira jumlah permohonan ‘bunting’ program, isu Memali dan sijil nikah. 

Mujahid, tidak senang duduk apabila semua rakannya bersuara. Maka menyampuk jugalah dia dengan isu perkauman. Habis jadi bengong pimpinan PAN. Rafizi tampil dengan formula baharu. Rupanya dia ada formula menukar jantina.

Terangsang sungguh dia bila disebut perkataan bergabung dan bersama ini. Langsung dia teringatkan nikah. Dan seperti biasa menabur racun, membangkitkan kembali fitnah-fitnah lama dengan menyandarkan perkataannya kepada agama. 

Sedangkan semua orang tahu, pembakar isu kafir mengkafir itu, sudah lama keluar PAS. Ada lebih baik dia mencipta formula menukar bakal PM 8 betul-betul menjadi PM ke 8. Tetapi mungkin bakal PM 8 bimbang, sebab setiap kali Rafizi berformula, pasti menjadi terbalik. Formula minyak turun, jadi naik, formula tol tiada, tol tetap ada. Jadi formula menaikkan bakal PM 8, ditakuti Anwar tak naik-naik.

Serangan mereka dalam kekalutan ini adalah kerana takut kepada rancangan yang telah mereka buat itu berubah dengan muafakat ini. Seperti yang sedia dimaklumi seluruh rakyat Malaysia, PH dikuasai oleh DAP dan kebimbangan kepada runtuhnya perancangan mereka, bolehlah kita anggap sebagai kebimbangan runtuhnya kuasa DAP. 

Maka mereka berkerja keras bagi DAP mencapai impiannya. Berapa pantas mereka mengeluarkan kenyataan apabila Rasulullah dihina, sindiket kad pengenalan palsu, Zakir Naik yang terancam di negara ini, persahabatan baik ADUN dengan kumpulan pengganas LTTE berbanding respon mereka terhadap penyatuan ini?

Maka seperti yang kita tahu, Cina akan sentiasa mencari ruang berpolitik yang menguntungkan mereka sahaja. Mereka tidak mahu rugi, dan sanggup lari jika mendapat peluang lain, meninggalkan rakan mereka, seperti yang dibuktikan dalam PRU14 lalu. Saya tegaskan di sini, bukan semua, tapi sangat ramai Cina yang melakukan hal ini dalam PRU lalu. 

Pastinya pada kali ini, mereka akan melihat secara serius penyatuan ini. Jika berjaya, bermakna, orang melayu Islam sudah mulai sedar dengan kekuatan politik mereka jika bersatu. Ini akan mengancam akan kedudukan cina. Dan ketika itu, mereka pasti akan berubah sokongan. Sudah banyak kali mereka melakukan ini. Hinanya permainan politik sebegini.

Semua ini ada di dalam hati. Hati ialah sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kita. Pun begitu, saya sangat yakin, mereka akan mula memainkan peranan mereka, perlahan-lahan akan memusingkan sokongan mereka kepada PAS dan Umno. Pastinya kita tidak dapat mengenal yang mana satu yang ikhlas dan akan membantu.

Di sini, kita perlu mengambil peluang, mengurangkan segala apa yang telah kita berikan kepada mereka sejak lama dahulu. Kecilkan segala ruang mereka, agar mereka memulainya daripada peringkat paling bawah. Baharulah akan nampak keikhlasan mereka, jika mereka menerima.

Contoh seperti sekolah Vernakular, dihapuskan terus, mereka mesti belajar di dalam sekolah Kebangsaan sahaja bagi membentuk jati diri rakyat Malaysia, juga kumpulan pendesak seperti Dong Zong. Kawal segala macam bentuk monopoli ekonomi kerana sudah dibuktikan, kekayaan mereka, tidak membantu negara secara terus, tetapi membantu beberapa orang ternama bagi kepentingan mereka kembali.

Mereka mesti diajar untuk tinggal di negara ini, sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan tanah air, sanggup berkorban demi negara, membantu sesama warga dan menghormati hak serta keistimewaan Bumiputera.

Pengkhianatan mereka dalam PRU lalu, mesti diambil tindakan oleh PAS dan Umno, jika berjaya menumbangkan PH nanti. Ini kerana jelas bagaimana sikap perkauman yang sangat melampau ditunjukkan oleh sebahagian mereka dengan mempersoalkan agama, Raja dan hak Melayu Islam yang tidak pernah dilakukan oleh mereka sebelum ini. 

Kurang ajar mereka itu menunjukkan juga sikap tidak setia dan berdendam yang ada dalam hati mereka terhadap Melayu Islam. Saya yakin tindakan ini akan mengajar mereka yang tidak tahu sopan dan bagaimana mahu hidup dalam kalangan masyarakat majmuk. Dahulu ramai yang kata Islam tidak sesuai dalam masyarakat majmuk. Tetapi sekarang saya percaya sikap seperti kaum Cina yang sebegini yang sangat tidak sesuai untuk berada dalam masyarakat majmuk kerana Islam melarang penganutnya menghina penganut lain.

Kita boleh hidup aman dan damai apabila kita mempunyai ketua yang mendamaikan dan kita menuruti arahannya. Dan saya tegaskan DAP bukan ketua yang sesuai bagi kaum Cina untuk menjadi rakyat yang baik di Malaysia. DAP tidak boleh dipakai, sikap mereka yang rakus, membuatkan kaum Cina sekarang tersepit kerana salah langkah dengan gopohnya mendedahkan perangai buruk mereka. Melayu Islam bukan mahu membalas dendam jika menang, kerana Islam melarang itu. 

Semua yang duduk di bawah Islam, akan selamat, percayalah, ditambah dengan kelembutan jiwa Melayu. Tetapi hanya menjelaskan bahawa ada perkara yang boleh dipandang ringan, tetapi ada perkara yang mesti kita tuntut untuk dilakukan bersama sebagai kewajipan. Kita juga mahu dunia tahu bahawa ada nilai dengan persahabatan dan ada bayaran bagi yang memutuskannya.

Dan dengan penyatuan melalui Muafakat Nasional ini, diharap kaum Cina mendapat pengajaran yang besar. Itu pun jika mereka mahu belajar. Mereka perlu berhenti dari bermuka-muka.


MOHD NASIR ABDULLAH 
HARAKAHDAILY 15/9/2019

No comments:

Post a Comment