'Equality' helah agenda dwi-kerakyatan
KEWARGANEGARAAN automatik bukan jawapan terhadap masalah urusan pemprosesan kewarganegaraan yang lambat. Ini maklum balas ringkas menjawab kelicikan propaganda pelobi 'double nationality'.
Kewarganegaraan automatik akan membawa implikasi lain yang bakal merumitkan lagi keadaan. Tempoh masa proses yang lambat boleh diperbaiki dengan cara semakan dan perkemaskan prosedur.
Naratif kononnya 'equality' sebenarnya hanyalah helah kelompok radikal untuk menjerumuskan negara supaya menerima dasar dwi-kerakyatan secara beransur-ansur.
Demi agenda politik radikal mereka, kelompok 'selective closet racist' ini mahu merencamkan lagi kemajmukan negara, lalu propaganda kononnya mahukan pembelaan wanita kononya atas nama'equality' ini diasak melalui dua kenyataan media melalui tindakan yang dibuat oleh dua pemimpin mereka iaitu Hannah Yeoh dan Lim Kit Siang.
Ramai orang mungkin terkeliru
Apabila kelompok minoriti ini secara beramai-ramai dan agresif mahukan pindaan Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan perkataan “bapa” kepada “sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa”, kononnya bagi memberikan hak yang sama kepada wanita Malaysia.
Agenda ‘Madu Beracun’
Propaganda kononnya atas nama 'equality' yang mahu memberi hak yang sama kepada wanita ini sebenarnya 'madu beracun' yang boleh mengganggu gugat keharmonian negara.
Automatik kerakyatan bagi perempuan Malaysia yang kahwin lelaki luar (maksudnya anak sah taraf), bermakna menggalakkan situasi dwi kerakyatan .
Jadi, kenapa mudahnya kita secara naif tertipu dengan naratif 'equality' yang kelihatan akademik padahal penuh racun yang mahu mencabar dasar yang tidak membenarkan dua kerakyatan.
Suatu agenda radikal politik?
Kenapa penting dwi kerakyatan bagi kelompok politik beragenda ini? Bacaan saya apabila melihat tindakan pelik, tergesa-gesa dan radikal ini adalah:
1. Mahu majmukkan lagi rakyat Malaysia supaya kekuatan majoriti Melayu Islam senang dicabar.
2. Mereka mahu merencamkan demografi bagi mengacau dominasi Melayu Islam daripada sudut kelahiran yang membawa kepada pemilikan kewarganegaraan, di mana orang Melayu Islam secara umumnya kadar kelahiran adalah tinggi berbanding bangsa lain. Sedikit demi sedikit, status quo mahu dicabar melalui usaha pindaan Perlembagaan.
Wajah bertopeng slogan 'Human Right'
Mereka ini tak habis-habis berusaha untuk mencabar tiang seri negara dan perlembagaan kita yang telah lama menjadi resepi keharmonian.
Kelompok 'selective closet racist' ini, kelihatan anti Perlembagaan sebenarnya. Disebalik mulut berbuih menuduh orang rasis, mereka sendiri suka mencetus perkauman melalui agenda rasis dan mencabar Perlembagaan.
Tindakan mereka yang radikal ini dibuat melalui tekanan politik secara dalaman dan luaran kerajaan.
Kita semua belum habis terkejut dengan tindakan pemimpin mereka yang menawarkan diri membela dalang penjualan IC di Pulau Pinang. Kini, mahu meminda Perlembagaan bagi membuka ruang kepada polemik dua kerakyatan pula.
Tak cukup dengan itu, sudah la dasar pembangunan mereka juga penuh dengan agenda yang membentuk penindasan bangsa majoriti yang mencetus percikan sentimen perkauman.
Begitulah wajah sebenar kelompok ini. Berbuih mulut menuduh orang rasis padahal sanubari perkauman bahkan Islamofobis mereka jelas kelihatan melalui gerak politik radikal mereka.
Malaysia takkan aman dengan kelompok melampau dan radikal sebegini. Mereka tak menghormati kepelbagaian resepi Malaysia yang digagaskan oleh pejuang-pejuang datuk nenek kita yang telah gigih berjuang merintis pembentukan tanahair bertuah ini.
"Tikus takkan dapat perbaiki labu. Kotornya mudarat dan kencing merbahaya"
Kita terus lawan !
MUHAMMAD ZIKRI ISMAIL
Patriot Anak Watan Malaysia
Pertahankan Keharmonian Tanah Air - HARAKAHDAILY 21/9/2019
Patriot Anak Watan Malaysia
Pertahankan Keharmonian Tanah Air - HARAKAHDAILY 21/9/2019
Lihat rumah ini..
1 comment:
Di mana bijaknya menteri berketurunan melayu dari bani ph. Roboh rumah sebangsa dengannya.
Sedangkan bangsa cina berusaha beri geran kepada bangsanya.
Post a Comment