Wednesday, September 25, 2019

Filem Sylvester Stallone Kembali.. 'Rambo Last Blood'.


HALAMAN HIBURAN

BAGI peminat filem aksi, tentunya judul Rambo sudah menjadi satu jenama yang sangat kukuh.
Terbaru, Sylvester Stallone yang cukup sinonim dengan filem itu kembali sebagai Rambo dan menggegarkan pawagam seluruh Malaysia bermula 19 September lalu dengan kisah yang lebih segar dalam Rambo: Last Blood.
Secara ringkasnya, Rambo yang juga veteran Perang Vietnam bergabung tenaga dengan seorang wartawan untuk menyelamatkan nyawa gadis yang diculik kartel dadah terbesar di Mexico.
Dari situ, bermula perjuangan Rambo yang kini kembali beraksi untuk menyelamatkan nyawa orang tidak berdosa.
Stallone yang kini berusia 73 tahun dalam satu temu bual bersama media antarabangsa berkata, ada sedikit perbezaan dalam filem kali ini.
“Kami sentiasa ingin memberikan satu kelainan buat penonton dan kalau boleh, idea itu biar sesuatu yang dekat dan dapat dikaitkan dengan mereka.
“Dalam filem Rambo 2, kita dapat lihat dia berjuang sebagai pejuang sendirian atau ‘one man show’. Begitu juga dalam filem ketiga. Namun, kali ini kita dapat lihat bagaimana Rambo bekerjasama dengan orang lain,” katanya.
Masih mengekalkan identiti seperti dalam filem terdahulu di mana dia masih kuat berjuang.
“Dia sedar bahawa tugas dan tanggungjawabnya adalah untuk menjaga keselamatan orang lain dan itu adalah apa yang dia pandai lakukan,” katanya.
Walaupun jelas sekali Rambo adalah satu figura yang cukup kuat, namun dia masih sama seperti manusia lain.
“Semua yang dia sayang sudah diragut daripada kehidupannya. Namun, dia sedar setiap kematian dan kehilangan itu adalah berpunca daripada dirinya sendiri.
“Namun, menjadi dilema apabila dia perlu bersendirian kerana walaupun kita semua sedia maklum mengenai watak Rambo itu, dia masih memerlukan orang lain dan kasih sayang,” katanya.

Mengenai Filem Rambo Last Blood
 STALLONE cukup sinonim dengan watak Rambo.
 SATU daripada babak dalam filem Rambo: Last Blood
 SATU daripada babak dalam filem Rambo: Last Blood.

1. Pada November tahun lalu, Stallone memberitahu mengenai kehadiran filem terakhir Rambo. Katanya, dia mungkin terus membawa watak Rambo sekiranya filem Rambo: Last Blood menempa kejayaan.
2. Stallone juga pernah menulis di akaun Instagram mengenai kelainan yang ditampilkan dalam filem terbaru ini.
3. Plot dalam Rambo: Last Blood sebenarnya dihasilkan untuk filem Rambo pada 2008, namun ditukar. Sebahagian plot itu kemudian digunakan dalam filem Homefront (2013) lakonan bersama Jason Statham.
4. Filem ini adalah filem paling pendek dalam semua siri filem Rambo iaitu berdurasi hanya 89 minit.
5. Ini adalah watak pertama Stallone sebagai Rambo yang berambut pendek.

Identiti Filem Rambo Yang Masih Kekal..

1. Rambo tetap media propaganda sebagai 'veteran perang Vietnam' bagi mempertahan imej tentera AS yang tercalar dalam misi penjajahan AS dan peperangan di Vietnam. AS sebenarnya 'kalah perang, cabut lari angkat kaki dari Viatnam.

2. Filem ini masih dalam rangka misi 'Cuci Otak Dalam Media Filem &Hiburan'
Imej yang berkaitan

Lihat sepenuhnya.. 
E Buku IH-122: Cuci Otak Yahudi..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails