Friday, September 27, 2019

Ibnu Hasyim Cadang DAP Tanding Tanjung Piai..

Hasil carian imej untuk Helen Ang
INI Helen Ang menulis dalam blognya..


Tanjung Piai: DAP letak calon Melayu pada 2008 dan 2013

… manakala BN letak calon Cina (PRU12-14).

Kerusi parlimen Tanjung Piai dibentuk ketika persempadanan semula dijalankan di Johor pada 2003.
Tanjung Piai menjadi rebutan antara DAP dan MCA satu lawan satu dalam pilihanraya-pilihanraya umum tahun 2004, 2008 dan 2013 — lihat jadual keputusan di bawah.
Dalam PRU14 tahun lepas, DAP mengambil satu langkah ke belakang bagi memberi laluan kepada Pribumi untuk bertanding di Tanjung Piai.
Ia kerana DAP menganggap Melayu parti Mahathir lebih berwibawa berbanding Melayu liberal DAP (jenis Syahredzan dan Dyana).
Dalam pilihanraya kecil yang akan datang ini pula, MCA mungkin diminta untuk mengundur supaya ruang boleh dibuka bagi Umno bertanding.
Ia kerana gandingan Umno-PAS telah berjaya memperolehi momentum hebat ibarat ‘batu mengolek turun bukit’ (terjemahan sebuah peribahasa Inggeris) dalam tiga pilihanraya kecil berturut-turut sebelum ini.
BAWAH: Peduli apa kucing itu hitam atau putih asal ia rajin tangkap tikus
Tidak wujud masalah apabila Pribumi ganti DAP bagi pihak Harapan di Tanjung Piai pada 2018.
Justeru itu, ada apa dengan Dapsters – yang kini sedang kuat mengejek MCA sebagai “running dog” – andaikata betul BN mahu mempertaruhkan wakil Umno di Tanjung Piai 2019?
Bukankah DAP yang terlebih dahulu tunduk kepada Pribumi? Ish, kamulah paling hipokrit!
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Saya cadangkan DAP tanding Tanjung Piai, untuk lihat pengaruh dan kekuatan DAP sekarang...
Hibur Hibur Sikit..

iwan fals tikus-tikus kantor.wmv



No comments:

Post a Comment