Friday, September 13, 2019

Ini, 4 Individu Dipercayai Ciap Jelik&Hina Kepada Permaisuri Agong.


EMPAT individu dipercayai menghantar ciapan jelik dalam Twitter hari ini

Warga maya bongkar identiti 4 individu

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Empat individu yang dipercayai menghantar ciapan jelik dan berbaur penghinaan terhadap Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berjaya dikenal pasti oleh warga maya hari ini.


Tindakan membongkar dan mencari imej identiti pelaku itu dipercayai dilakukan susulan kempen dengan tanda pagar #AmpunTuanku bagi ‘memujuk’ Seri Paduka mengaktifkan semula akaun Twitter rasminya @cheminahsayang.
Kesemua gambar membabitkan seorang wanita dan tiga lelaki itu dikongsikan oleh pengguna media sosial, @AinulNunanaa sehingga mendapat sokongan lebih daripada 7,000 warga maya.
Dia juga berharap Seri Paduka menerima pujukan rakyat Malaysia apabila membaca ciapan positif daripada warga maya yang memohon keampunan dan perkenan Raja Permaisuri Agong itu.
“Hendak baca Seri Paduka punya ciapan yang kadang-kadang bercakap tentang suami, anak-anak, resipi dan semangatnya,” tulisnya di sini hari ini.
@Puterinuraisha6 pula berharap agar kesemua individu itu dikenakan tindakan saman sebagai pengajaran kepada semua rakyat negara ini.
“Mulut tidak reti jaga, kalau kau tak suka, diam sahaja. Sibuk hendak mengata, itu Raja Permaisuri bukan kawan-kawan kau,” tegasnya.
Akaun Twitter Seri Paduka dinyah aktif semalam dipercayai ekoran komen-komen negatif dan biadap daripada segelintir pengguna media sosial.
Kempen warga maya itu merupakan kesepakatan usaha untuk merayu Tuanku Azizah yang begitu disenangi oleh seluruh lapisan masyarakat mengaktifkan semula akaun Twitter baginda.
Kempen tersebut menjadi tular sehingga carian ‘Permaisuri Agong’ masih menjadi trending nombor satu disusuli #AmpunTuanku menduduki tangga ketiga ciapan paling banyak dalam laman itu.
Selain itu, warga maya turut menzahirkan sokongan dan mahu baginda mengabaikan komen-komen negatif yang tidak mencerminkan adab dan tatasusila rakyat Malaysia. -UTUSAN ONLINE

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails