KEPULAN asap akibat kebakaran hutan sehingga menghalang cahaya matahari di Pekanbaru, Riau Indonesia, semalam. -AFP
KUALA LUMPUR 19 Sept. - Polis Republik Indonesia (Polri) menamakan lima syarikat dan 230 orang sebagai suspek yang melakukan pembakaran tanah dan hutan di tujuh wilayah di Sumatera Selatan.
Jurucakap Polri, Brigadier Jeneral Dedi Prasetyo berkata, syarikat PT Bumi Hijau Lestari bersama-sama pengarah operasinya, Alvaro didakwa gagal mencegah kebakaran hutan tetapi syarikat itu hanya memutuskan untuk menggerakkan enam anggota bomba bagi memadam kebakaran merentasi kawasan seluas 2,500 hektar.
“Ini maklumat awal diterima. PT Bumi Hijau Lestari dan seorang lembaga pengarahnya sebagai suspek kebakaran tanah dan hutan yang melanda Sumatera Selatan sejak beberapa hari lalu, yang turut menyebabkan jerebu merentasi negara.
“Mereka akan menghadapi pelbagai tuduhan jika didapati bersalah,” katanya memetik laporan portal Tempo.Co di sini hari ini.
Menurut Dedi, empat syarikat lagi yang dinamakan sebagai suspek ialah PT Sumber Sawit Sejahtera yang terletak di Riau, PT Palmindo Gemilang Kencana (Kalimantan Tengah), PT SAP (Kalimantan Barat) dan PT Sepanjang Inti Surya Utama (PT SISU) (Kalimantan Barat). -UTUSAN ONLINE
Lihat rumah ini..
No comments:
Post a Comment