JOHOR BAHRU 5 Sept. - Kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah berkenaan skim pencen mungkin tiada lagi menjelang tahun 2020 disifatkan sebagai ‘hadiah’ kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk rakyat.
Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, walaupun belum muktamad, namun ity adalah berita yang menyedihkan kerana kerajaan sepatutnya membela nasib rakyat tetapi jelas tidak mampu berbuat demikian.
Beliau turut mempersoalkan apakah menteri yang diberi mandat oleh rakyat menerima gaji puluhan ribu tidak berupaya menjana pendapatan bagi menampung kos berkenaan.
“Perkara itu secara tidak langsung memberi gambaran betapa lemah pentabiran Putrajaya hari ini dan tidak mempunyai kebijaksanaan untuk mengurus perkara sebegitu.
“Kerajaan PH yang dikuasai DAP sememangnya cukup lemah dan gagal menarik pelaburan serta meningkatkan pendapatan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, janji populis mereka untuk menghapuskan GST sudah menyebabkan kerajaan hilang pendapatan berbilion ringgit dan gagal diganti dengan sumber baharu
Sehubungan itu, Mohd. Hairi berkata, sebagai menyahut seruan yang dibuat itu, Datuk Seri Borhan dan menteri yang bergaji puluhan ribu terlebih dahulu mempraktikkannya dengan meninggalkan apa yang dinikmati kini kepada skim kontrak yang akan dipraktikkan. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Skim pencen di Malaysia telah memanjangkan faedah persaraan kepada tanggungan anggota berpencen yang meninggal dunia sama ada semasa masih dalam perkhidmatan kerajaan ataupun selepas bersara. Faedah ini dikenali sebagai Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan.
Skim ini telah dimansuhkan, sebagai hadiah dari PH kepada rakyat yang mengundinya pada PRU lalu. Jika mahu semula skim ini, pastikan supaya PH ranap selepas PRU akan datang ini. 'Tolak PH', itulah hadiah yang layak diterima PH sekarang!
Lihat lagi..
- Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)
- Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)
- Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)
- Dari Ambil Alih Kedai Gunting Bapa, Kini Jadi Juta...(4)
1 comment:
Inilah 'hadiah' dari PH pimpinan DAP untuk orang Melayu yang mengundi PH. Sepatutnya pencen menteri PH dihapuskan dahulu bukan pencen rakyat!
Padan muka! Tepuk ........
Post a Comment