Thursday, September 05, 2019

Ini 'kuman' DAP, Jangkit Ke PH.. -SU Agung UMNO.


PH terkena ‘kuman’ DAP, asingkan soal agama dan pentadbiran
KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) disifatkan sudah dijangkiti ‘kuman’ DAP apabila menyarankan supaya Piagam Muafakat Nasional Pas-UMNO hanya memberi tumpuan kepada soal ekonomi dan bukannya agama serta kaum.
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, bagi DAP, soal agama itu bukan menjadi tanggungjawab kerajaan dan tidak termasuk dalam urusan pentadbiran negara seperti mana menguruskan hal-hal ekonomi, politik dan isu-isu semasa.
Menurut beliau, namun dalam ajaran Islam, tidak menyuruh umatnya mengasingkan antara agama dan pentadbiran negara.
“Dalam hal ini, kita akan berpegang teguh kepada Islam yang tidak memisahkan urusan agama itu dengan pentadbiran negara,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ketereh.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semasa Himpunan Penyatuan Ummah peringkat negeri di Muassasah Darul Ulum Pokok Sena di sini, malam tadi.
Yang turut hadir, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri, Dr. Ahmad Fakhruddin Ahmad Fakhrurazi.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail beranggapan piagam yang akan dibentuk antara Pas dan UMNO adalah bersifat politik.
Beliau berkata, perkara itu berbeza dengan pendekatan PH yang mengambil kira faktor rakyat majmuk dalam usaha membangunkan negara.
Dalam pada itu, Annuar menggesa semua rakyat hadir sempena Piagam Muafakat Nasional Pas-UMNO pada 13 dan 14 September ini yang disifatkan sebagai mengimbas kembali peristiwa gerakan menentang ‘Malayan Union’.
Katanya, UMNO menyediakan kira-kira 1,000 orang petugas bagi menjaga keselamatan dan kelancaran program itu nanti.
“Justeru, kita yakin bahawa program ini akan berjalan lancar dan aman dan sepatutnya tidak timbul masalah,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Iklan:
Rakyat miskin, ini peluang kerja di Australia..
Kerja Di Australia, Dibuka..

Kerja Di Australia, Dibuka..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails