[VIDEO] Guru kecewa kursus Pendidikan Seni dalam bahasa Mandarin
KL:27 Sept. - Keterujaan seorang guru menghadiri sebuah kursus Pendidikan Seni terbantut apabila perjalanan program itu dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Mandarin.
Menggunakan nama samaran Sirna Mnm di akaun Facebook miliknya, guru berkenaan yang telah menjadi pendidik selama 20 tahun ternyata terkejut dengan keadaan tersebut.
“Apalah nak jadi…selama 20 tahun lebih mengajar, sudah beratus kali pergi kursus, inilah kali pertama hari ini dalam sejarah pergi kursus penceramah bagi ceramah 100 peratus dalam bahasa Cina (Mandarin).
“Padahal pergi kursus atas tiket Pendidikan Seni. Guru-guru yang pergi ada ramai guru Melayu, India, Cina,” katanya dalam status akaun sosial tersebut, semalam.
Jelas Sirna Mnm, walaupun disediakan penterjemah bahasa dalam kursus itu namun terjemahan yang dilakukan didapati tidak tepat dengan maksud sebenar.
“Ada penterjemah tapi lima minit penceramah bercakap, dia terjemahkan empat atau lima patah perkataan sahaja.
“Habis itu macam mana. Memang objektif tak tercapai la,” katanya.
Tambah Sirna Mnm lagi, dia tidak boleh pulang dari kursus itu kerana bimbang arahan supaya menulis surat tunjuk sebab.
“Tunggu sahajalah sampai habis, ambil sijil balik dengan kepala kososng. Apa pun tak dapat.
“#Pergi kursus konon peningkatan guru seni, tapi penerangan dalam bahasa Cina
(Mandarin)…kau rasa?” katanya kesal.
Dalam status sama, guru berkenaan turut memuat naik beberapa tanda pagar iaitu #hariinidalamsejarah #bingungsekejap #malaysiabaharu #rasamacamdokkatcinalapula.
Walau bagaimanapun, Utusan Malaysia mendapati status tersebut telah ditarik balik daripada akaun guru berkenaan, manakala video kursus itu dikongsikan oleh beberapa warga maya di ruang komen. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bolehkah dikatakan sudah ada usaha-usaha pendidikan ke arah men'cina'kan Malaysia?
No comments:
Post a Comment